link : Kokain 3.8kg Gagal Bolos KLIA
Kokain 3.8kg Gagal Bolos KLIA
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas membawa bungkusan dadah dipercayai jenis kokain bernilai RM1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mei lalu.
Timbalan Komander Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman, SAC Arjunaidi Mohamed, berkata suspek lelaki berusia 22 tahun dipercayai keldai dadah untuk rangkaian dadah antarabangsa ditahan ketika tiba di KLIA dengan penerbangan terus dari sebuah negara di Afrika.
Arjunaidi berkata, dadah jenis kokain berbentuk kapsul itu disembunyikan di dalam tin coklat bersama bungkusan kecil coklat untuk menipu pihak berkuasa.
"Siasatan awal mendapati dadah adalah untuk pasaran negara jiran dan dianggarkan boleh digunakan hingga 19,000 pengguna.
"Dadah ini dibawa dari sebuah negara di Afrika dan kemudian akan dibawa oleh suspek menggunakan jalan darat untuk masuk ke negara jiran," katanya dalam sidang media di Bukit Aman.
Suspek direman tujuh hari hingga 19 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kokain 3.8kg Gagal Bolos KLIA
Sekianlah artikel Kokain 3.8kg Gagal Bolos KLIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kokain 3.8kg Gagal Bolos KLIA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kokain-38kg-gagal-bolos-klia.html