Kontroversi Muka Depan: The Star Gantung Dua Editor

Kontroversi Muka Depan: The Star Gantung Dua Editor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kontroversi Muka Depan: The Star Gantung Dua Editor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kontroversi Muka Depan: The Star Gantung Dua Editor
link : Kontroversi Muka Depan: The Star Gantung Dua Editor

Baca juga


Kontroversi Muka Depan: The Star Gantung Dua Editor



KUALA LUMPUR: Dua editor kanan The Star telah digantung tugas berikutan siasatan terhadap muka hadapan akhbar itu pada 27 Mei.

Menurut laporan The Star Online, dua editor itu ialah ketua pengarang Datuk Leanne Goh Lee Yen dan editor eksekutif Dorairaj Nadason.

Ia menyatakan kedua-dua mereka akan berhenti menjalankan tugas masing-masing sehingga notis seterusnya.

"Mereka telah digantung dari tugas dan siasatan terhadap perkara itu akan dijalankan tidak lama lagi. Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Star Media Group Datuk Seri Wong Chun Wai akan menyelia operasi bahagian editorial dalam tempoh berkenaan," kata laporan itu malam ini.

Muka hadapan The Star 27 Mei memaparkan foto dan keterangan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat taraweh pada hari pertama Ramadan di bawah tajuk terang "Malaysian Terrorist Leader".

Ini mencetuskasn kritikan daripada pelbagai pihak, terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam, yang menyifatkan tajuk berita dan keterangan gambar itu sebagai tidak sensitif terhadap perasaan masyarakat Islam.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri memanggil empat editor The Star untuk menjelaskan tajuk, foto dan keterangan gambar yang seolah-olah menunjukkan umat Islam ada kaitan dengan terrorisme.

The Star kemudian diberikan masa tujuh hari untuk menjawab surat mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap akhbar tabloid itu di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, termasuk menggantung permit penerbitannya.- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kontroversi Muka Depan: The Star Gantung Dua Editor

Sekianlah artikel Kontroversi Muka Depan: The Star Gantung Dua Editor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kontroversi Muka Depan: The Star Gantung Dua Editor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kontroversi-muka-depan-star-gantung-dua_31.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :