Korban bom di Kabul kini 80

Korban bom di Kabul kini 80 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Korban bom di Kabul kini 80, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Korban bom di Kabul kini 80
link : Korban bom di Kabul kini 80

Baca juga


Korban bom di Kabul kini 80


JUMLAH yang maut dalam serangan bom di Kabul hari ini, meningkat kepada 80 orang orang dengan lebih 350 lagi cedera, akibat letupan bom besar di kawasan yang menempatkan banyak kedutaan asing itu.

AFP melaporkan jurucakap Kementerian Luar Afghanistan menyatakan jumlah korban adalah 64 namun Reuters yang memetik sumber hospital dan pasukan keselamatan, meletakkan angka korban 80 orang.

Menurut AFP, Menteri Hal-Ehwal Luar Eropah, Marielle de Sarnez, berkata kedutaan Jerman dan Perancis antara yang rosak dalam serangan itu.

AP melaporkan mayat bergelimpangan di jalan raya dengan kepulan asap tebal dari kawasan letupan dipercayai bom kereta. Banyak tingkap bangunan, termasuk kedutaan dan kediaman pecah.

Setakat ini sasaran serangan belum dapat dipastikan namun menurut pihak berkuasa, sebahagian besar mangsa adalah orang awam. Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Serangan itu berlaku dekat satu persimpangan di daerah Wazir Akbar Khan, kawasan yang dianggap paling selamat di Kabul kerana banyak kedutaan asing dan bangunan kerajaan, dilindungi tembok setinggi lebih tiga meter, dikawal polis dan tentera.

Antara kedutaan asing di kawasan itu ialah Jerman, Britain, Kanada, China, Turki dan Iran serta bangunan Kementerian Luar Afghanistan. Istana Presiden juga terletak di kawasan itu.

Letupan itu amat kuat hingga menyebabkan lebih 30 kenderaan sama ada musnah atau rosak teruk.-HMetroOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Korban bom di Kabul kini 80

Sekianlah artikel Korban bom di Kabul kini 80 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Korban bom di Kabul kini 80 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/korban-bom-di-kabul-kini-80.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :