KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000

KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000
link : KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000

Baca juga


KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas 1,051 tong berisi Gas Petroleum Cecair (LPG) seberat 13,040 kilogram di premis penyimpanan serta penjualan LPG di Padang Sena, Jitra, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, rampasan dilakukan pukul 10 pagi hasil serbuan tujuh anggota penguatkuasa sebelum menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang mengaku sebagai pengarah di premis berkenaan.

“Kita membuat risikan lima hari lalu dan berjaya merampas semua LPG itu dengan nilai keseluruhan RM108,856,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Shamsul Nizam berkata, tindakan diambil selepas mendapati premis yang mempunyai lesen borong itu memiliki barangan kawalan LPG melebihi had kuantiti yang dibenarkan untuk simpanan semasa hanya 2,500 kilogram dan lesen runcit yang membenarkan 135 kilogram simpanan semasa.

“Daripada 1,051 tong LPG yang dirampas itu, 837 tong berisi gas petroleum cecair seberat 12 kilogram, manakala 214 tong lagi berisi 14 kilogram setiap tong,” katanya.

Berikutan itu, lelaki berkenaan melanggar Peraturan 9 (1) dan 10 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961dan kesalahan di bawah Peraturan 21, peraturan sama dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi perseorangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, KPDNKK negeri akan terus bergiat aktif membanteras kegiatan penyelewengan barangan bersubsidi terutamanya LPG.

“Kita sentiasa mengalu-alukan maklumat dan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat aktiviti penyelewengan dalam membantu kerajaan menangani ketirisan barangan bersubsidi,” katanya.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi KPDNKK Alor Setar di talian 04-7001800 atau emelkan aduan kepada [email protected] untuk tindakan. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000

Sekianlah artikel KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kpdnkk-kedah-rampas-1051-tong-lpg-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :