Kubur Thaqif Amin digali semula untuk dapatkan sampel

Kubur Thaqif Amin digali semula untuk dapatkan sampel - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kubur Thaqif Amin digali semula untuk dapatkan sampel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kubur Thaqif Amin digali semula untuk dapatkan sampel
link : Kubur Thaqif Amin digali semula untuk dapatkan sampel

Baca juga


Kubur Thaqif Amin digali semula untuk dapatkan sampel

JOHOR BAHRU: Kubur jenazah pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia pada 26 April lalu digali semula tengah hari tadi.

Ia dilakukan pihak hospital bagi mengambil sampel daripada kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah.

Bapa saudara dan datuk kepada Allahyarham, Mas Ariff dan Ahmad Motai menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan yang terletak di Felda Bukit Aping Timur Kota Tinggi, Johor kira-kira pukul dua petang tadi.

Mas Ariff ketika dihubungi memberitahu, pihak polis ada membuat panggilan kepada bapa Allahyarham, Mohd Ghaddafi Mat Karim untuk berjumpa dengan waris.

Keluarga dimaklumkan bahawa kubur Allahyarham perlu digali semula untuk meneruskan siasatan mengenai punca kematian Mohamad Thaqif Amin.

"Ketika itu, saya hanya menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan sambil disaksikan pelbagai pihak termasuk dari Mahkamah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelasnya, pihak hospital hanya mengambil sampel daripada bahagian kaki yang dipotong.

Kisah Mohamad Thaqif Amin tular selepas dia didakwa dipukul pembantu warden di Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi.

Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 26 April selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat jangkitan kuman.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kubur Thaqif Amin digali semula untuk dapatkan sampel

Sekianlah artikel Kubur Thaqif Amin digali semula untuk dapatkan sampel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kubur Thaqif Amin digali semula untuk dapatkan sampel dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kubur-thaqif-amin-digali-semula-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :