link : Kurang Kos Sara Hidup Selepas Pengecualian Dasar Kabotaj
Kurang Kos Sara Hidup Selepas Pengecualian Dasar Kabotaj
KUCHING: Pengecualian dasar kabotaj diharap dapat membantu menangani peningkatan kos sara hidup di Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana mengambil keputusan menghapuskan dasar kabotaj yang diharap akan mengurangkan implikasi kerana ia mengelak proses pengendalian berganda,” ujarnya.
Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Jo juga berharap dasar tersebut dapat mengurangkan kos dan akan membantu menangani kos sara hidup yang meningkat.
“Saya tahu sektor tertentu tidak berasa gembira kerana kita perlu mengambil kira keperluan pelanggan,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan pengecualian dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 1 Jun depan.
Najib berkata, dengan pengecualian dasar kabotaj itu, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmatan perkapalan kargo antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. – Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kurang Kos Sara Hidup Selepas Pengecualian Dasar Kabotaj
Sekianlah artikel Kurang Kos Sara Hidup Selepas Pengecualian Dasar Kabotaj kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kurang Kos Sara Hidup Selepas Pengecualian Dasar Kabotaj dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kurang-kos-sara-hidup-selepas.html