link : Langgar Syarat Lesen
Langgar Syarat Lesen
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan tempatan bersama 10 warga asing kerana melanggar syarat lesen di kedudukan 8 batu nautika dari barat laut Pulau Pangkor di Lumut, hari ini.
Dalam kejadian 10.50 pagi itu, dua bot berkenaan ditahan ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan secara berasingan.
Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut Kepten Wan Mat Wan Abdullah berkata, warga asing ditahan membabitkan dua tekong dan lapan awak-awak warga Myanmar.
Katanya, pihaknya melalui Kapal Maritim Tugau mengesan bot berkenaan dalam kedaan meragukan ketika melakukan rondaan dan pemguatkuasaan di perairan negara.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati dua bot berkenaan sudah melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika.
"Malah pemeriksaan ke atas semua warga asing berusia antara 19 hingga 35 tahun itu mendapati mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Mat berkata, dua bot bersama semua warga asing diiringi balik ke Jeti Kampung Acheh di Sitiawan untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.-HMetro
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Langgar Syarat Lesen
Sekianlah artikel Langgar Syarat Lesen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Langgar Syarat Lesen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/langgar-syarat-lesen.html