Laporan: Najib "Batal", Perjanjian RM7.3 Bilion "Bandar Malaysia" !

Laporan: Najib "Batal", Perjanjian RM7.3 Bilion "Bandar Malaysia" ! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laporan: Najib "Batal", Perjanjian RM7.3 Bilion "Bandar Malaysia" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan: Najib "Batal", Perjanjian RM7.3 Bilion "Bandar Malaysia" !
link : Laporan: Najib "Batal", Perjanjian RM7.3 Bilion "Bandar Malaysia" !

Baca juga


Laporan: Najib "Batal", Perjanjian RM7.3 Bilion "Bandar Malaysia" !

PETALING JAYA: Susulan pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) projek pembangunan Bandar Malaysia minggu lalu, Financial Times (FT) melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri yang mengarahkan SSA itu ditamatkan.
Sebelum ini, media melaporkan China Railway Engineering Corp (CREC) gagal mendapat kelulusan Beijing dan pembiayaan untuk projek itu. CREC ialah unit China Railway Group milik kerajaan China.
Bagaimanapun, Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang merupakan rakan kongsi Malaysia bagi CREC, juga dipercayai berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan.
“Satu faktor penting ialah kesukaran dihadapi Iskandar Waterfront Holdings, rakan kongsi Malaysianya, dalam mendapatkan pembiayaan, menurut 2 orang yang tahu mengenai proses itu.
“Najib sudah hilang kesabaran dan mengarahkan penamatan perjanjian itu sendiri, kata seorang daripadanya,” lapor FT.
Pada 3 Mei lalu, TRX City Sdn Bhd yang dimiliki Kementerian Kewangan mengumumkan SSA dengan IWH-CREC membabitkan penjualan 60% daripada modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd sudah luput dan terbatal.
Rabu lalu, TRX City Sdn Bhd yang dimiliki Kementerian Kewangan mengumumkan perjanjian yang dimeterai dengan IWH-CREC pada 2015 sudah luput dan terbatal kerana “gagal memenuhi obligasi pembayaran”.
IWH-CREC bagaimanapun menafikan dakwaan mereka gagal membuat pembayaran, sekalipun sudah diberikan penangguhan sebanyak 12 kali. Sebaliknya, konsortium kerjasama China-Malaysia itu menegaskan mereka sudah membuat semua bayaran itu kepada TRX City seperti termaktub dalam SSA.
IWH-CREC dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu berkata, mereka mempunyai kemampuan dan sumber kewangan mencukupi untuk memastikan pembangunan Bandar Malaysia dilaksanakan secara lancar dan berjaya.
Dengan luputnya perjanjian itu, IWH-CREC bukan lagi pemaju induk projek Bandar Malaysia bernilai RM200 bilion.
Perjanjian Bandar Malaysia antara TRX City Sdn Bhd milik kerajaan Malaysia dan konsortium IWH-CREC dikatakan ialah bahagian penting dalam mesej Tahun Baru penuh yakin Najib yang “cabaran utama” 1MDB sudah berakhir.
TRX City sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd.
Perjanjian itu membabitkan pembayaran AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion) daripada IWH-CREC untuk 60% ekuiti dalam projek pembangunan hartanah utama di Kuala Lumpur itu.
Menurut FT, persoalan timbul mengenai peranan China dalam membatalkan perjanjian itu.
“Pembatalan perjanjian Bandar Malaysia turut menimbulkan kebimbangan tentang status hubungan Malaysia dengan China,” lapor FT.
Sebelum ini, China dikatakan menjangkakan penyerahan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR) kepada mereka sebagai sebahagian perjanjian untuk membangunkan Bandar Malaysia, di mana hentian utama HSR terletak di ibu negara.
Ia dibiarkan dilihat sebagai implikasi lebih luas daripada pembatalan perjanjian Bandar Malaysia, yang sebelum ini disokong Beijing dan Putrajaya.
Sama ada projek Bandar Malaysia akan diteruskan atau sebaliknya, ia nampaknya tidak menjadi isu bagi kerajaan Malaysia.
FT memetik seorang penasihat Najib sebagai berkata, pelabur baru untuk majoriti ekuiti dalam projek pembangunan berprofil tinggi itu boleh didapati dengan mudah kerana “tanah itu ialah satu daripada bahagian penting terakhir hartanah utama di sekitar ibu negara Malaysia”.
“Ia semakin jelas 1 perjanjian baru boleh membawa kepada harga jauh lebih tinggi untuk pembayar cukai kerana nilai tanah itu sudah meningkat dengan ketara,” kata penasihat Najib kepada FT.
“Yang pasti Bandar Malaysia akan diteruskan. Malah, langkah-langkah yang diambil, dan pemaju baru, akan membawa kepada perjanjian lebih baik dan besar untuk kerajaan dan pembayar cukai.” #sumber


Demikianlah Artikel Laporan: Najib "Batal", Perjanjian RM7.3 Bilion "Bandar Malaysia" !

Sekianlah artikel Laporan: Najib "Batal", Perjanjian RM7.3 Bilion "Bandar Malaysia" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan: Najib "Batal", Perjanjian RM7.3 Bilion "Bandar Malaysia" ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/laporan-najib-batal-perjanjian-rm73.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :