link : Lelaki Dihempap Buah Kelapa Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengait Buah Kelapa
Lelaki Dihempap Buah Kelapa Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengait Buah Kelapa
JEMPOL - Seorang lelaki didapati meninggal dunia apabila dipercayai dihempap buah kelapa ketika ingin mengait buah tersebut di FELDA Lui Timur, di sini, hari ini, lapor Harian Metro.
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa Azemi Jamaludin, 59, pada ketika itu dikatakan sedang mengait buah berkenaan di belakang rumahnya pada jam 10.30 pagi.
Kejadian berkenaan telah disedari oleh anak perempuan mangsa yang berusia 18 tahun apabila terlihat bapa pada ketika itu terbaring kaku dengan hidung dan mulutnya berdarah.
Ekoran kejadian berkenaan, anaknya terus menghubungi Klinik Kesihatan Lui Muda dan pegawai perubatan yang telah menjalankan pemeriksaan dan rawatan terhadap mangsa mendapati mangsa sudah meninggal dunia, jelasnya.
Noorzainy berkata, mayat dibawa ke hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Demikianlah Artikel Lelaki Dihempap Buah Kelapa Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengait Buah Kelapa
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Dihempap Buah Kelapa Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengait Buah Kelapa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lelaki-dihempap-buah-kelapa-meninggal.html