Lelaki Mahu Bunuh Isteri Untuk Bersama Kekasih

Lelaki Mahu Bunuh Isteri Untuk Bersama Kekasih - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Mahu Bunuh Isteri Untuk Bersama Kekasih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Mahu Bunuh Isteri Untuk Bersama Kekasih
link : Lelaki Mahu Bunuh Isteri Untuk Bersama Kekasih

Baca juga


Lelaki Mahu Bunuh Isteri Untuk Bersama Kekasih


KEJI. Seorang lelaki cuba membunuh isterinya dengan mengupah pembunuh upahan untuk melakukan kerja terkutuk itu hanya disebabkan isterinya enggan melayannya di ranjang.

David Harris, 68, mahu isterinya yang kaya itu, Hazel Allinson, 69, mati supaya dia boleh berseronok dengan perempuan simpanannya yang berusia 28 tahun dan berasal dari Lithuania, Ugne Cekaviciute.

Wanita simpananya itu juga adalah bekas pelacur.

Bagi memastikan perancangannya itu berjaya, David cuba mengupah tiga pembunuh upahan untuk menjalankan kerja kotor berkenaan namun ia terbongkar apabila lelaki ketiga, Duke Dean, 55, telah memaklumkan kepada polis.

Duke menyamar sebagai pembunuh upahan bagi menyelamatkan nyawa Hazel.

“Dia memberitahu saya bahawa dia berasa ghairah dan mahukan seks hingga ke tahap terdesak dan sanggup membunuh isterinya sendiri,” kata Duke.

Harris bertemu Duke melalui seorang rakan selepas gagal mengadakan perjanjian dengan dua lagi pembunuh upahan lain.

Dia juga menceritakan rancangan jahatnya itu kepada Duke dan bagaimana untuk menyembunyikan mayat isterinya.

“Jika saya tidak melaporkan kepada polis, sudah tentu dia akan meracun Hazel. Saya telah menyelamatkannya,” kata Duke.

Harris telah ditahan polis. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lelaki Mahu Bunuh Isteri Untuk Bersama Kekasih

Sekianlah artikel Lelaki Mahu Bunuh Isteri Untuk Bersama Kekasih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Mahu Bunuh Isteri Untuk Bersama Kekasih dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lelaki-mahu-bunuh-isteri-untuk-bersama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :