Lelaki rempuh pejalan kaki di Times Square akui pernah cuba dapatkan bantuan

Lelaki rempuh pejalan kaki di Times Square akui pernah cuba dapatkan bantuan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki rempuh pejalan kaki di Times Square akui pernah cuba dapatkan bantuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki rempuh pejalan kaki di Times Square akui pernah cuba dapatkan bantuan
link : Lelaki rempuh pejalan kaki di Times Square akui pernah cuba dapatkan bantuan

Baca juga


Lelaki rempuh pejalan kaki di Times Square akui pernah cuba dapatkan bantuan

NEW YORK: Bekas anggota tentera laut Amerika Syarikat yang didakwa membunuh seorang wanita muda dan mencederakan 20 yang lain selepas merempuh laluan pejalan kaki Times Square baru-baru ini, memberitahu media dia pernah cuba mendapatkan rawatan psikiatri.

"Saya mahu dapatkan bantuan. Saya mahu ubah hidup saya. Ada kerja, ada teman wanita," kata Richard Rojas, 26, seperti yang diberitahu kepada New York Post dalam satu temuramah di penjara, dua hari selepas kejadian.

Pada Khamis, Rojas memandu kereta Honda miliknya dan merempuh kawasan Seventh Avenue yang dipenuhi pejalan kaki. Dia ditangkap selepas cuma melarikan diri dengan keluar dari keretanya.


Dia didakwa dengan tuduhan membunuh peringkat kedua, membunuh menggunakan kenderaan dan beberapa lagi tuduhan cubaan membunuh.

Rojas memberitahu dia tidak mengingati insiden rempuhan itu.

"Saya beli sandwich untuk dimakan bersama ibu saya, dan kemudian saya mahu tenangkan fikiran.

"Perkara terakhir yang saya ingat ialah memandu. Apabila saya sedar kembali saya sudah berada di balai polis. Ia menakutkan," kata Rojas.


Sumber polis memberitahu Reuters yang Rojas dipercayai berada di bawah pengaruh bahan yang mengkhayalkan, manakala ABC News pula melaporkan dia mungkin mengambil ganja.

Rekod menunjukkan Rojas mempunyai banyak rekod jenayah, dan pernah empat kali ditahan. Antara kesalahannya ialah dua kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, dan paling terbaharu minggu, mengugut seorang lelaki menggunakan pisau di luar apartmen miliknya di Bronx.

Ketika masih berkhidmat dengan tentera laut, Rojas pernah dipenjara selama dua bulan, namun tidak diketahui atas sebab apa.

Rakan Rojas yang ditemuramah Reuters memberitahu lelaki itu mempunyai masalah minum berlebihan, selain masalah peribadi yang lain selepas menamatkan perkhidmatan dengan tentera laut, namun tidak cuba untuk meminta bantuan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lelaki rempuh pejalan kaki di Times Square akui pernah cuba dapatkan bantuan

Sekianlah artikel Lelaki rempuh pejalan kaki di Times Square akui pernah cuba dapatkan bantuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki rempuh pejalan kaki di Times Square akui pernah cuba dapatkan bantuan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lelaki-rempuh-pejalan-kaki-di-times.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :