LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose

LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose
link : LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose

Baca juga


LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose

Semalam, Mahkamah Majistret di Shah Alam telah membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menarik balik kes terhadap aktres, Nelydia Senrose atas dakwaan gagal mengemukakan borang cukai pendapatan.

Majistret P. Sarulatha telah memutuskan perkara itu selepas Nurulsheeda Mohd Yahaya, peguam LHDN memaklumkan bahawa aktres itu telah pun membuat pembayaran cukai pendapatan.

Permohonan LHDN untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Nelydia pada 12 April lalu yang gagal hadir ke mahkamah turut dibenarkan oleh Sarulatha.

Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah semalam.

Sebelum ini LHDN pernah memberi kenyataan bahawa, Nelydia menghadapi lima pertuduhan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki beliau mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Aktres ini juga turut menghadapi satu lagi pertuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Nelydia boleh dihukum mengikut Seksyen 120(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM200 dantidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabiitkan kesalahan.

Terdahulu Nelydia pernah menyatakan ketika waran tangkap dikeluarkan terhadapnya, dia sedang bercuti di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Namun isu cukai pendapatan itu telah diselesaikan setelah di kembali ke tanah air selepas pulang daripada bercuti baru-baru ini.

Menurut satu sumber juga, Nelydia menganggap perkara ini sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan.

The post LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose

Sekianlah artikel LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lhdn-tarik-balik-kes-terhadap-nelydia_26.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :