Lubnan Bakal Haramkan Filem Wonder Woman

Lubnan Bakal Haramkan Filem Wonder Woman - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lubnan Bakal Haramkan Filem Wonder Woman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lubnan Bakal Haramkan Filem Wonder Woman
link : Lubnan Bakal Haramkan Filem Wonder Woman

Baca juga


Lubnan Bakal Haramkan Filem Wonder Woman


BEIRUT: Lubnan berkemungkinan mengharamkan tayangan filem Wonder Woman kerana watak utamanya dibintangi aktres Israel, Gal Gadot, membayangkan permusuhan dua negara jiran itu turut membabitkan budaya. 

Pegawai keselamatan berkata, permohonan rasmi pengharaman itu belum diterima. 

Larangan itu memerlukan cadangan enam anggota jawatankuasa Kementerian Ekonomi, proses yang belum dimulakan, kata pegawai berkenaan, yang enggan dikenali. 

Tayangan perdana Wonder Woman dijadualkan esok di sekurang-kurangnya satu pawagam di Beirut. Poster dan papan iklan digital filem berkenaan sudah banyak di sekitar ibu negara Lubnan itu. 

Lubnan secara rasmi berperang dengan Israel dan sudah beberapa dekad melaksanakan undang-undang memulaukan produk Yahudi itu dan melarang rakyat Lubnan mengunjungi atau berhubung dengan Israel. 

Kumpulan digelar Kempen Memulaukan Penyokong Israel-Lubnan meningkatkan usaha menentang tayangan filem berkenaan. 

Di laman Facebook, kempen itu menjelaskan Gadot pernah menjadi anggota tentera Israel dan menyatakan sokongan terhadap dasar ketenteraan rejim itu di Semenanjung Gaza, wilayah Palestin yang ditadbir Hamas. 

"Negara mengambil keputusan tepat. Kami kini menanti pelaksanaannya. Malah jika cuma ada sejam sebelum tayangan, ia perlu mengharamkannya," kata anggota kempen itu, Samah Idris. - AP
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lubnan Bakal Haramkan Filem Wonder Woman

Sekianlah artikel Lubnan Bakal Haramkan Filem Wonder Woman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lubnan Bakal Haramkan Filem Wonder Woman dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lubnan-bakal-haramkan-filem-wonder-woman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :