link : Mahkota RM4.74j Dicuri Dari Muzium Perancis
Mahkota RM4.74j Dicuri Dari Muzium Perancis
LYON – Sebuah mahkota kurun ke-19 yang bertatahkan hampir 1,800 butir permata dan bernilai kira-kira sejuta euro (RM4.74 juta) dicuri daripada sebuah muzium seni keagamaan di tengah Perancis, kata pihak berkuasa muzium.
Muzium Fourviere dalam satu kenyataan berkata, beberapa pencuri memecah masuk muzium itu di bandar Lyon, malam Jumaat lalu dan berjaya menembusi ‘sistem keselamatan canggih’ bangunan itu.
Mereka melarikan koleksi utama, Crown of the Virgin yang dihasilkan pada 1899 dengan 1,791 batu berharga dan mutiara yang dihadiah oleh beberapa keluarga kaya di Lyon, ketika itu.
Perompak terbabit turut melarikan dua lagi koleksi berharga muzium itu iaitu sebentuk cincin dan sebuah piala. – AFP/BH ONLINE malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Mahkota RM4.74j Dicuri Dari Muzium Perancis
Sekianlah artikel Mahkota RM4.74j Dicuri Dari Muzium Perancis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkota RM4.74j Dicuri Dari Muzium Perancis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mahkota-rm474j-dicuri-dari-muzium.html