link : Majlis Pra Gawai Parlimen Batang Lupar Meriah
Majlis Pra Gawai Parlimen Batang Lupar Meriah
SEBUYAU: Kemeriahan Pesta Gawai yang bakal disambut tidak lama lagi sudah mula terasa dengan sambutan Majlis Pra Gawai yang berlangsung bermula minggu ini di Rumah Panjang Sungai Nyamok di sini.
Majlis Pra Gawai diadakan bagi menghormati bulan Ramadan yang dijangka disambut oleh masyarakat Islam serentak dengan Pesta Gawai tidak lama lagi.
"Inilah keunikan kita yang hidup berbilang kaum dan agama, saling hormat-menghormati antara satu sama lain serta aman harmoni", kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Sri Rohani Abdul Karim
Toleransi antara masyarakat yang pelbagai seperti ini merupakan elemen penting dalam mengekalkan kerukunan dan perpaduan terutamanya di kalangan masyarakat Sarawak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen P201 Batang Lupar sempat berkongsi kisah anak perantau berketurunan Iban yang ditemuinya baru-baru ini di Pesta Pra Gawai Masai, Johor.
Menurutnya, pemuda tersebut menetap di Johor Baharu dan bekerja di Singapura, sanggup bergadai nyawa demi sesuap nasi dalam menyara keluarga dengan bekerja menjadi seorang penyelam.
"Sememangnya kaum Iban sangat terkenal dengan semangat perwira dan keberanian serta kesungguhan dalam kehidupan.
"Semangat inilah yang perlu diterapkan dikalangan anak muda agar kemana sahaja bumi dipijak, langit tetap dijunjung," kata beliau lagi.
Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan bantuan serta sumbangan kepada 133 penerima di sekitar Sebuyau dan 7 kerusi roda kepada penerima yang layak.
Majlis Pra Gawai turut disambut di beberapa rumah panjang sekitar Beting Maro dan Lingga. - Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Majlis Pra Gawai Parlimen Batang Lupar Meriah
Sekianlah artikel Majlis Pra Gawai Parlimen Batang Lupar Meriah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Majlis Pra Gawai Parlimen Batang Lupar Meriah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/majlis-pra-gawai-parlimen-batang-lupar.html