link : Malaysia-China Rakan Setia, Kata Najib
Malaysia-China Rakan Setia, Kata Najib
BEIJIN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Xi Jinping di Great Hall of People, di sini Sabtu.
Najib dalam rangka lawatan kerja lima hari ke China untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa pada 14 dan 15 Mei.
Satu Jalur Satu Laluan adalah inisiatif Presiden Xi bagi merancakkan perdagangan antara negara dengan menyediakan infrastruktur seperti pelabuhan, laluan keretapi dan lebuh raya.
Najib kemudian menyertai Presiden Xi pada perbincangan dua hala bagi membincangkan kerjasama ekonomi Malaysia dan China.
Turut serta ialah Wakil Khas kerajaan Malaysia ke China Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan, Menteri Perdagangan dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan, dan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Dalam kenyataannya, Najib berkata beliau yakin inisiatif Satu Jalur Satu Laluan merupakan satu rancangan perubahan untuk seluruh rantau berkenaan meliputi Eropah dan Afrika.
Beliau berkata sejak mereka bertemu November lepas, banyak inisiatif yang dipersetuju kedua-dua negara telah atau akan dilaksanakan tidak lama lagi.
"Saya setuju dengan anda (Presiden Xi) bahawa Malaysia dan China bukan sahaja jiran malahan juga rakan setia," kata Najib.
Perdana Menteri berkata walaupun hubungan Malaysia-China berada pada tahap tertinggi, terdapat skop untuk mempertingkat dan memperluaskannya lagi.
Selepas itu, Najib mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Keqiang sebelum menyertai delegasi Malaysia pada mesyuarat dua hala dengan pihak kerajaan China.
Najib dan Li kemudian menyaksikan upacara menandatangani tiga perjanjian persefahaman melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) dan Industri, Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Ketiga-tiga kementerian diwakili oleh menteri masing-masing.
Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan China bagi membangunkan infrastruktur seperti laluan keretapi, pelabuhan dan lapangan terbang untuk faedah bersama.
Sementara itu, MITI akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pembangunan Nasional dan Reform, antara lain untuk pengiktirafan bersama standard dan perkongsian maklumat serta menggalakkan penggunaan rangkaian bekalan tempatan dan memudahkan e-perdagangan rentas sempadan.
China, bagi lima tahun akan datang, komited untuk mengimport barangan bernilai US$2 trilion, melabur hingga US$150 bilion dan menawarkan 10,000 tempat untuk latihan dan pengajian di China.
Perjanjian melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah untuk eksport nanas segar ke China.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dengan China meningkat 20.3 peratus kepada US$29.33 bilion dengan import bernilai US$12.9 bilion dan eksport bernilai US$16.43 bilion.
- Bernama malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Malaysia-China Rakan Setia, Kata Najib
Sekianlah artikel Malaysia-China Rakan Setia, Kata Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia-China Rakan Setia, Kata Najib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/malaysia-china-rakan-setia-kata-najib.html