Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara
link : Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Baca juga


Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara yang dilancarkan di Wonsan, pantai timur negara itu pada Isnin (29 Mei).

Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa berkata, ini merupakan pelancaran ketiga dalam tempoh sebulan, menjadikan jumlah pelancaran sebanyak sembilan kali pada tahun ini.

"Penentangan berterusan pihak Korea Utara untuk menghentikan program nuklear dan peluru balistiknya secara serta-merta seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), telah mengeruhkan lagi situasi yang sudah sedia tegang di Semenanjung Korea.

"Malaysia mengutuk pencabulan secara jelas oleh Korea Utara terhadap resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, Malaysia juga menggesa Korea Utara untuk memenuhi obligasi antarabangsa demi kepentingan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.

"Dalam hal ini, Malaysia menyeru supaya dialog secara aman dan rundingan diadakan semula antara Korea Utara dengan pihak-pihak yang berkaitan," katanya.

Korea Utara dilaporkan melancar satu lagi ujian peluru berpandu balistik berhampiran Lapangan Terbang Wonsan yang mendarat di Laut Jepun pada Isnin.

Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan berasingan berkata pihaknya telah menerima laporan bahawa tiga orang pelajar Malaysia telah ditahan oleh Polis Greater Manchester sekitar 5.40 petang semalam (waktu tempatan).

Katanya pelajar tersebut telah dibawa ke Balai Polis Longsight di Manchester, dipercayai untuk disoal siasat dan telah dibebaskan pada 9 malam (waktu tempatan).

Walau bagaimanapun, kementerian tidak menyatakan sebab mereka disiasat.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Sekianlah artikel Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/malaysia-kutuk-pelancaran-peluru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :