link : Malaysia Terselamat Ancaman Ransomware
Malaysia Terselamat Ancaman Ransomware
SEGAMAT: Malaysia dijangka tidak akan mengalami serangan siber 'ransomware' yang kini melumpuh perkhidmatan kesihatan di England kerana negara ini masih belum mempunyai sistem Data Bersepadu Kesihatan Kebangsaan seperti yang digunakan di negara itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata sistem yang diguna pakai di hospital negara ini dibuat secara berasingan.
Bagaimanapun katanya, susulan serangan ramsomware itu, kerajaan meningkatkan kawalan khusus dalam berhadapan dengan ancaman keselamatan siber seumpama itu.
"Dalam keadaan ini, buat masa sekarang, mungkin ini (serangan ransomware) tidak akan memberi kesan yang besar kepada negara kita. Ini kerana kita masih belum ada Data Bersepadu Kesihatan Kebangsaan, cuma secara asing sahaja.
"Sistem dalam Hospital Segamat hanya dalam Hospital Segamat... Sistem di Hospital JB (Johor Bahru) hanya di Hospital JB sahaja. Kalau kita kena pun, Hospital JB sahaja yang kena... maklumat dia sahaja.
"Tetapi kita sememangnya ke arah mengintegrasikannya dan bila itu terjadi, ini adalah antara satu risiko. Ini kerana pada masa itu, kalau kena di satu tempat, mungkin ia boleh merosakkan (sistem) di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 di Dewan Putra FELDA Palong Timur di sini, hari ini.
Dr Subramanian yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata, orang ramai termasuk doktor tidak perlu risau mengenai perkara ini kerana sistem pangkalan data masih belum diintegrasi.
"Setiap hospital mempunyai sistem mereka sendiri. Kalau kena pun (serangan siber) mereka sahaja yang kena dan tidak melalui seluruh negara.
"Apa yang berlaku di sana (England), mereka mempunyai National Integrated Health System dan kalau kena (serangan siber), keseluruhan sistem pangkalan data di seluruh negara juga akan kena.
"Sistem kita (Kementerian Kesihatan) diuruskan oleh Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Selain itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan siber di negara ini," katanya.
Semalam, hospital dan pakar pembedahan di seluruh England terpaksa tidak menerima pesakit dan membatalkan janji temu selepas serangan siber Ransomware melumpuhkan perkhidmatan kesihatan kendalian negara itu. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Malaysia Terselamat Ancaman Ransomware
Sekianlah artikel Malaysia Terselamat Ancaman Ransomware kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia Terselamat Ancaman Ransomware dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/malaysia-terselamat-ancaman-ransomware.html