link : Mamalia Marin Terdampar Di Pantai Sarawak Adalah Paus Bryde - SFC
Mamalia Marin Terdampar Di Pantai Sarawak Adalah Paus Bryde - SFC
KUCHING, 7 Mei (Bernama) -- Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) telah mengenal pasti bahawa mamalia marin yang terdampar di pantai Kuala Sungai Siwak di Baram, Miri Khamis lepas (4 Mei) adalah paus Bryde Balaenoptera edeni).
Menurut SFC, yang merupakan agensi utama dalam Rangkaian Kedamparan Mamalia Marin Sarawak (SMMSN), ahli biologinya perlu mendapatkan gambar daripada beberapa sumber untuk membolehkan mereka mengesan ciri-ciri utama paus Bryde iaitu tiga bonggol di bahagian kepalanya, sebelum spesiesnya dikenal pasti.
"Berdasarkan kewujudan bonggol itu, yang kurang ketara, dengan panjangnya dianggarkan kurang daripada 10 meter dan penampakan seekor lagi paus yang berenang di kawasan berhampiran lokasi berkenaan, maka adalah dipercayai mamalia berkenaan adalah si anak, manakala paus yang seekor lagi itu mungkin ibunya," kata SFC dalam kenyataan di sini hari ini.
SFC berkata SMMSN ditubuhkan khusus untuk menyelamatkan mamalia marin seperti dugong, lumba-lumba dan paus yang ditemukan terdampar atau terkandas di pantai seluruh Sarawak.
SMMSN mempunyai anggota tetap terdiri daripada SFC, Jabatan Perhutanan Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Muzium Sarawak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
"SFC berterima kasih, khususnya kepada anggota rangkaian itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana telah memberi respon segera dengan menghantar anggotanya dan kepada orang ramai atas bantuan mereka, yang banyak menyumbang bagi membolehkan operasi menyelamat dilakukan dengan segera," kata kenyataan itu.
Menurutnya, kali terakhir paus direkodkan terdampar di Sarawak ialah pada Februari 2014 apabila paus Baleen (satu keluarga dengan paus Bryde) ditemukan terdampar di Kuala Tatau, yang kemudian berjaya dilepaskan kembali ke laut dengan kerjasama orang ramai.
Perbadanan itu meminta orang ramai yang menemukan sebarang kedamparan mamalia marin supaya melaporkannya kepada pejabat SFC terdekat melalui talian berikut: Kuching 082610088, Sibu- 08433744, Bintulu- 086313726 dan Miri- 085436637. -- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Mamalia Marin Terdampar Di Pantai Sarawak Adalah Paus Bryde - SFC
Sekianlah artikel Mamalia Marin Terdampar Di Pantai Sarawak Adalah Paus Bryde - SFC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mamalia Marin Terdampar Di Pantai Sarawak Adalah Paus Bryde - SFC dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mamalia-marin-terdampar-di-pantai.html