link : Mat Don sasar aksi Piala AFC
Mat Don sasar aksi Piala AFC
Alor Setar: Memenangi Piala FA, Sabtu ini bukan sekadar menambah koleksi kejuaraan dimilikinya bersama Kedah sejak tiga musim lalu, sebaliknya Liridon Krasniqi melihat melangkauinya kerana mempunyai misi tersendiri.
Bagi pemain import dari Kosovo itu, Piala FA mampu membawa Sang Helang Merah terbang lebih tinggi kerana menawarkan tiket beraksi di Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) jika mereka menjuarai pertandingan berkenaan.
Malah, tanpa berselindung, Liridon atau lebih dikenali sebagai Mat Don dalam kalangan penyokong Kedah, mendedahkan dia mahu menjadikan Piala AFC sebagai medan memperagakan bakat serta memikat kelab terkemuka Asia.
“Benar, saya sudah memenangi kejuaraan Liga Perdana (2015), Piala Malaysia (2016) dan Piala Sumbangsih (2017) tapi Piala FA ini memberi motivasi berbeza kepada saya.
“Peluang bersaing dengan kelab Asia jika menjuarai pertandingan ini menjadikan saya cukup bersemangat untuk memenanginya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Mat Don sasar aksi Piala AFC
Anda sekarang membaca artikel Mat Don sasar aksi Piala AFC dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mat-don-sasar-aksi-piala-afc.html