Maut direnjat ‘powerbank’ yang sedang dicaj

Maut direnjat ‘powerbank’ yang sedang dicaj - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maut direnjat ‘powerbank’ yang sedang dicaj, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maut direnjat ‘powerbank’ yang sedang dicaj
link : Maut direnjat ‘powerbank’ yang sedang dicaj

Baca juga


Maut direnjat ‘powerbank’ yang sedang dicaj

REMAJA lelaki, 19, ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan ‘powerbank’ di Taman Merbok, Bukit Baru, Melaka pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya oleh ibu mangsa, Suriah Rahim, 48, dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian disedari ibunya apabila mangsa tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali memaksa pintu dibuka dengan kunci pendua.

“Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan baring sambil menggunakan fon telinga bersambung pada telefon pintar yang dalam keadaan bercas pada sebuah ‘powerbank’.

“Ibu mangsa yang juga seorang jururawat mendapati kesan melecet pada bahagian bahu kiri mangsa dan powerbank berada berdekatan bahu kiri mangsa.

“Dia cuba menggerakkan badan anaknya itu, namun menyedari mangsa sudah tidak bernyawa ,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: My Metro

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Maut direnjat ‘powerbank’ yang sedang dicaj

Sekianlah artikel Maut direnjat ‘powerbank’ yang sedang dicaj kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maut direnjat ‘powerbank’ yang sedang dicaj dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/maut-direnjat-powerbank-yang-sedang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :