Maute Hampir Tewas

Maute Hampir Tewas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maute Hampir Tewas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maute Hampir Tewas
link : Maute Hampir Tewas

Baca juga


Maute Hampir Tewas


MARAWI: Tentera Filipina semalam menggesa militan Maute menyerah diri selepas pihak berkuasa negara itu berjaya menguasai semula hampir 85 peratus bandar Marawi daripada kumpulan militan itu.

Dalam pertempuran yang masuk hari kelapan semalam, tentera menggunakan kereta perisai dan melancarkan serangan roket dari helikopter, menyasarkan kedudukan militan.

Tentera berkata, pasukan keselamatan semakin hampir menguasai semula Marawi yang ditawan kumpulan Maute yang ada hubungan dengan militan Daish itu.

“Kami menggesa saki-baki pengganas itu menyerah diri selagi masih ada peluang,” kata jurucakap tentera, Restituto Padilla.

Helikopter dilihat berlegar di satu kawasan bandar, tempat kepulan asap dilihat keluar dari beberapa bangunan sementara anggota tentera menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan lorong.

Bunyi letupan dan tembakan senjata automatik kedengaran sekali-sekala.

Menurut tentera, lebih 100 orang yang majoritinya militan terbunuh dan ribuan penduduk bandar itu menjadi pelarian.

Sementara itu, seorang paderi, Teresito Soganub bersama sejumlah orang awam yang ditawan militan merayu Presiden Rodrigo Duterte menghentikan operasi ketenteraan.

“Kami merayu pertolongan dan memberikan apa yang dikehendaki oleh musuh kamu. Kami mahu hidup, tolong timbangkan keadaan kami,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan militan.

Seorang ahli politik, Zia Alonto Adiong yang terbabit dalam usaha memindahkan penduduk memberitahu, pihak berkuasa sudah menguasai 85 peratus bandar itu.

Namun, katanya, tentera kini berdepan cabaran sukar kerana lokasi selebihnya adalah kawasan berpenduduk padat dengan ramai orang awam terperangkap.

“Walaupun ramai sudah melarikan diri tetapi ribuan lagi masih terkandas dan bimbang ditangkap militan sekiranya cuba menyelamatkan diri,” katanya.-Reuters
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Maute Hampir Tewas

Sekianlah artikel Maute Hampir Tewas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maute Hampir Tewas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/maute-hampir-tewas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :