Mayat nelayan warga Thailand ditemui

Mayat nelayan warga Thailand ditemui - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mayat nelayan warga Thailand ditemui, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mayat nelayan warga Thailand ditemui
link : Mayat nelayan warga Thailand ditemui

Baca juga


Mayat nelayan warga Thailand ditemui



KUALA KEDAH: Mayat nelayan warga Thailand yang dilaporkan hilang selepas bot pukat tunda dinaiki bersama tiga rakannya dilanggar kapal dagang di perairan dekat Kuala Muda, Selasa lalu ditemui hari ini.

Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kedah Leftenan Komander Ahmad Kamal Mohd Noor berkata, mayat lelaki itu ditemui terapung oleh nelayan yang menangkap ikan kira-kira 35 batu nautika dari Pulau Langkawi pada 2.10 petang.

Beliau berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Ekkachai Sutprasoet, 30, ditemui dalam keadaan tertiarap.

"Susulan maklumat itu, bot APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) digerakkan ke lokasi penemuan dan membawa mayat mangsa ke Jeti Kuala Kedah sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, rakan serta pemilik bot pukat tunda berkenaan turut dipanggil membuat pengecaman awal dan mengesahkan mayat itu adalah Ekkachai.

Dalam kejadian 9 Mei lalu seorang awak-awak mati lemas manakala seorang lagi hilang apabila bot mereka naiki karam selepas berlanggar kapal dagang 35 batu nautika dari Perairan Kuala Muda.

Mangsa yang lemas dikenali sebagai Somchok Sutprasoet, 30, manakala adiknya, Ekkachai hilang dibawa arus.

Dua yang terselamat adalah tekong bot, Anukun Matuwet, 58, dan awak-awak, Phaisan Dalem, 45 tahun.-HMetroOnline malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mayat nelayan warga Thailand ditemui

Sekianlah artikel Mayat nelayan warga Thailand ditemui kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mayat nelayan warga Thailand ditemui dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mayat-nelayan-warga-thailand-ditemui.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :