link : Mayat Wanita Ditemukan Dalam Semak
Mayat Wanita Ditemukan Dalam Semak
JOHOR BAHRU – Mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh ditemukan dalam kawasan semak di bahagian belakang tapak projek perumahan di sini, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata mayat mangsa yang masih belum dapat dikenal pasti identitinya berikutan ketiadaan dokumen pengenalan diri, ditemukan seorang pengawal keselamatan kira-kira 2.40 petang.
“Sebab kematian, kewarganegaraan dan bangsa mangsa masih belum diketahui dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat berhubung kes terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat bersabit kes atau kehilangan mana-mana anggota keluarganya, rakan atau kenalan diminta agar berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu ASP Afdal di talian 013-7711152.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Mayat Wanita Ditemukan Dalam Semak
Anda sekarang membaca artikel Mayat Wanita Ditemukan Dalam Semak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mayat-wanita-ditemukan-dalam-semak.html