MB Selangor minta semua pihak hormati titah Sultan Selangor

MB Selangor minta semua pihak hormati titah Sultan Selangor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB Selangor minta semua pihak hormati titah Sultan Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB Selangor minta semua pihak hormati titah Sultan Selangor
link : MB Selangor minta semua pihak hormati titah Sultan Selangor

Baca juga


MB Selangor minta semua pihak hormati titah Sultan Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kemelut politik di Selangor bagi menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata Sultan Selangor menitahkan supaya barisan Exco kerajaan negeri yang melibatkan keanggotaan pemimpin PAS tidak lagi dijadikan isu selepas baginda memberi perkenan supaya tiga Exco PAS terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Ini membuktikan bahawa baginda amat memahami denyut nadi rakyat yang mahu mandat diberi dilaksanakan dengan amanah dan bertanggungjawab.

"Tuanku juga bertitah supaya pihak tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi tentang kestabilan kerajaan negeri dan kita akan laksana mandat ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ini titah Tuanku dan semua pihak mesti patuh dan terima," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah pembinaan semula Uptown Shah Alam Seksyen 24 di sini.

Dalam titah khas hari ini, Sultan Sharafuddin berkenan dengan hasrat Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco PAS dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga ke tarikh PRU akan datang.

Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang dan meneliti segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi Exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada PKR, DAP dan PAS.

Tiga exco PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Kedudukan Exco PAS dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei lepas memutuskan supaya parti itu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui pentadbiran negeri Selangor kerana tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel MB Selangor minta semua pihak hormati titah Sultan Selangor

Sekianlah artikel MB Selangor minta semua pihak hormati titah Sultan Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB Selangor minta semua pihak hormati titah Sultan Selangor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mb-selangor-minta-semua-pihak-hormati_25.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :