MBI tawar diskaun kompaun sehingga 75 peratus

MBI tawar diskaun kompaun sehingga 75 peratus - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MBI tawar diskaun kompaun sehingga 75 peratus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MBI tawar diskaun kompaun sehingga 75 peratus
link : MBI tawar diskaun kompaun sehingga 75 peratus

Baca juga


MBI tawar diskaun kompaun sehingga 75 peratus

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan diskaun sebanyak 75 peratus kepada orang ramai untuk melunaskan kompaun kesalahan lalu lintas dan trafik bermula esok hingga 14 Jun.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata potongan kompaun itu diberikan kepada orang ramai sempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-29 dan bulan Ramadan yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MBI.

"Tawaran ini bertujuan membantu serta meringankan beban orang ramai khususnya warga bandar raya ini untuk melangsaikan kesemua kompaun dan perlu memanfaatkan peluang keemasan ini sebaik-baiknya.

"MBI tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman ke mahkamah terhadap mereka yang tidak menggunakan peluang ini untuk menjelaskan tunggakan tawaran kompaun walaupun telah diberikan diskaun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBI di sini hari ini.

Zambri berkata diskaun yang ditawarkan hanya diberikan untuk kesalahan berkaitan tidak mempamerkan kupon atau meletakkan kenderaan di luar petak sahaja, manakala bagi kesalahan lain ia tertakluk kepada diskaun dan prosedur pengurangan sedia ada.

Zamri berkata pembayaran kadar diskaun itu boleh dilakukan di Kaunter Bayaran MBI serta Kaunter Pandu Masuk MBI yang terletak di Greentown mulai pukul 8 pagi sehingga 4 petang manakala di Kaunter Bayaran MBI di Pusat Transformasi Bandar (UTC) mulai pukul 8 pagi sehingga pukul 10 malam.

Selain itu, beliau berkata terdapat sejumlah RM31 juta nilai keseluruhan tunggakan kompaun yang terkumpul sejak tahun 2013 sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pokok 'Ipoh' yang tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang pada 28 April lalu akan digantikan semula dengan penanaman pokok baharu selepas Ramadan nanti.

Beliau berkata pokok berkenaan yang ditanam sejak 37 tahun lalu di hadapan Stesen Keretapi Ipoh di sini akan ditanam semula dengan anak pokok baharu dari jenis yang sama.

Pokok 'Ipoh' ditanam pada 18 Jan 1980 oleh Menteri Besar Perak ketika itu iaitu Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh bersempena ulang tahun ke-50 Kelab Rotary Ipoh.

"Pokok 'Ipoh' merupakan lambang bandar raya ini dan kita akan menjemput semua pihak yang berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan ketika penanaman semula pokok yang tumbang itu," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel MBI tawar diskaun kompaun sehingga 75 peratus

Sekianlah artikel MBI tawar diskaun kompaun sehingga 75 peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MBI tawar diskaun kompaun sehingga 75 peratus dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mbi-tawar-diskaun-kompaun-sehingga-75.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :