Mencapai Kelaparan Sifar, Kesihatan Yang Baik Perlu Seiring

Mencapai Kelaparan Sifar, Kesihatan Yang Baik Perlu Seiring - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mencapai Kelaparan Sifar, Kesihatan Yang Baik Perlu Seiring, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mencapai Kelaparan Sifar, Kesihatan Yang Baik Perlu Seiring
link : Mencapai Kelaparan Sifar, Kesihatan Yang Baik Perlu Seiring

Baca juga


Mencapai Kelaparan Sifar, Kesihatan Yang Baik Perlu Seiring

KUALA LUMPUR – Untuk membina sebuah sistem kesihatan yang lebih baik, pengetahuan pengamal perubatan mesti melangkaui sistem penjagaan kesihatan sedia ada, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Berucap di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-70, beliau berkata ia memerlukan langkah berani selaku pendukung untuk menyampaikan kebaikan dasar awam inovatif untuk kesihatan.

“Dalam hal yang asing bagi kita, kita mungkin tidak boleh menerajuinya tetapi kita mesti sentiasa membimbing maka kita boleh membayangkan halangan daripada sektor penjagaan kesihatan dan bukan penjagaan kesihatan, Sememangnya Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) secara jelas menyatakan setiap sektor adalah sektor kesihatan,” beliau berkata demikian semasa sesi plenari WHA yang dihoskan Badan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, Switzerland.

Teks ucapan beliau difaks kepada Bernama di sini malam tadi.

Dr Subramaniam berkata pencemaran dan perubahan cuaca bukan hanya isu alam sekitar semata-mata kerana ia merubah corak penyakit berjangkit apabila jangkitan Arbovirus seperti denggi kini merebak melangkaui sempadan masa dan geografi.

“Dunia yang tercemar, penghuninya kelaparan, atau wanita tidak mempunyai hak yang sama tidak boleh dianggap sebagai dunia yang sihat. Mencapai kelaparan sifar dan kesihatan yang baik perlu seiringan.

Di dalam keghairahan kita mencari vaksin dan teknologi perubatan baharu, kita mesti ingat tiada vaksin yang boleh mengelakkan kesan buruk kebuluran dan tiada ubat yang boleh menggantikan kesan negatif pertumbuhan yang terbantut,” katanya.

Menteri berkenaan juga berkata dasar untuk mengurangkan pelepasan karbon di peringkat masyarakat akan memberi manfaat bukan hanya kepada cuaca tetapi juga mengurangkan kadar kematian disebabkan pencemaran udara.

“Langkah di peringkat masyarakat untuk mengurangkan pengambilan daging bukan sahaja akan mengurangkan penyakit berkaitan diet tetapi juga mengurangkan pelepasan metana yang menyumbang kepada perubahan cuaca. Adalah jelas sinergi boleh diperoleh menerusi perkongsian silang sektor,” katanya.

Dr Subramaniam mengetuai delegasi Malaysia ke WHA, yang berlangsung dari 22 hingga 31 Mei dihadiri oleh 194 negara anggota dari seluruh dunia. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mencapai Kelaparan Sifar, Kesihatan Yang Baik Perlu Seiring

Sekianlah artikel Mencapai Kelaparan Sifar, Kesihatan Yang Baik Perlu Seiring kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mencapai Kelaparan Sifar, Kesihatan Yang Baik Perlu Seiring dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mencapai-kelaparan-sifar-kesihatan-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :