link : Mengerjakan Ibadah Umrah Di Tanah Suci, Ini Tip & Persediaan Sekiranya Membawa Bayi Bersama
Mengerjakan Ibadah Umrah Di Tanah Suci, Ini Tip & Persediaan Sekiranya Membawa Bayi Bersama
Saat itu lebih bermakna sekiranya dapat pergi bersama ahli keluarga, sama ada suami, isteri, ibu, bapa, adik-beradik, atau anak-anak. Rasa syukur tidak putus dilafazkan tatkala berpeluang menunaikan rukun islam ke-5 itu.
Bagi seorang ibu, iaitu Puan Nur Fatehah, yang mana mengerjakan umrah bersama suami, dan anaknya, Pn Fatehah telah kongsikan akan tip dan persediaan yang dilaluinya bersama bayi mereka.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Assalamualaikum. Alhamdulillah pada 3 Mac 2017 yang lepas saya, suami & anak kami telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.
Ya, memang saya akui agak mencabar sebenarnya... Tambahan pula Khalish Furqan seorang bayi yang dilahirkan pramatang, dan dia hanya minum Expressed Breast Milk (EBM) fresh atau chiller sahaja.
Terus terang saya akui, saya ada search di internet berkaitan tips membawa bayi ke Tanah Suci. Tetapi, kebanyakan adalah kanak-kanak yang sudah melebihi setahun. Memang agak takut sebenarnya.
Kami bergerak pada pagi Jumaat 3/3/17. Flight 11.00 pagi. Jam 5.00 pagi kami dah tiba di KLIA. Berdekatan dengan balai berlepas ada disediakan baby room. Lengkap dengan baby cot, sofa & langsir tertutup.
a. Diaper bag. Pampers spare lebih. Perjalanan KL-Med 8 jam setengah. Airport Med ke hotel dalam 1 jam setengah. Saya sediakan 6 keping.
b.Baju tukar 2 helai
c. Tuala kecil
d. Baby food
e. Toys
f. Minyak bayi Ritz ManjaQu- beli di Lazada, untuk ketidakselesaan perut dan memudahkan bayi tidur. Ianya 100% natural menggunakan minyak-minyak pati tumbuhan
g. Wet tissue
h. Hand sanitizer
i. Susu secukupnya. Saya bawa extra susu chiller 2 botol.
j. Cooler bag, ice brick dan pam susu. Boleh bawak masuk jangan risau. (Untuk EPmom)
k. Sabun basuh botol. Letak dalam bekas kecil. Nak cuci botol minta FA cucikan ye. Jangan cuci dalam toilet. Hygiene dan elakkan dari Rotavirus!
Untuk ibu-ibu yang runsing nak packing apa untuk di bawa ke Tanah Suci
a. Pampers. Saya bawa 2 bag. Yup banyak. Kena sentiasa pastikan baby bersih. Kat sana pampers ada jual, tetapi pek kecil dan agak mahal.
b. Baju tidur , baju basahan, baju siang secukupnya.
c. Selimut 3 helai
d. Tuala 2 helai
e. Stoking secukupnya
f. Baby head to toe shampoo
g. Kain napkin / sapu tangan
h. Wet tissue
i. Ubat demam, selsema dan batuk. Penting sangat! Ubat di sana mahal.
j. Kool Fever
k. Kipas angin bateri
l. Changing mat
m. Berus baju dan sabun baju. Sana tiada dobi self service ya. Puas pusing cari. Ada dobi biasa je charge sehelai baju 5riyal. Terasa rugi nak hantar baju comel-comel satu 5riyal. Ada berus baju boleh cuci dan jemur di rooftop (kebanyakan hotel ada sediakan tempat jemur baju)
n. Berus botol dan sabun cuci botol. Penting ye especially untuk EPmom! Kena pastikan botol dan pam susu sentiasa bersih. Rendam dengan air panas bila baby tak menyusu.
Subuh pertama di Masjid Nabawi. Allahu... Sebak, kelu tak terkata. Cuaca agak sejuk time subuh. Jadi kena make sure ada bawa sweater untuk bayi anda. Sentiasa pakaikan stoking dan bawa alas untuk letak bayi dalam masjid ya. Saya alas dengan kain selimut. Selalunya kalau tiada ziarah di hari tersebut, selepas solat subuh kami balik hotel untuk sarapan, bagi Khalish berehat dan mandi sebelum keluar untuk solat zohor.
a. Sebolehnya jangan bagi anak anda the centre of attention. Kat sana umat seluruh dunia, berbagai bangsa pelbagai negara. Boleh duduk dekat ruangan khas women with children. Dan selagi boleh sembunyi bayi dalam tudung atau telekung anda, silakan buat.
b. Botol susu sebolehnya cari bekas untuk cover. Cover dengan kain pun boleh. Macam saya kata, jangan bagi nampak anak kita centre of attention.
c. Belajar untuk solat sambil mendukung bayi anda ketika keadaan sangat memerlukan seperti nangis yang berpanjangan.
d. Seelok-eloknya sebelum ke masjid bersihkan bayi, tukar pampers dan tukar baju yang bersih supaya ia tidak menjadikan kita was-was ketika sedang solat nanti.
e. Di Masjid Nabawi ada tempat menukar lampin berdekatan dengan tempat mengambil wudhu. Bawa changing mat yang kalis air dan ringan.
f. Pilih tempat yang paling hujung atau berdekatan dengan tiang atau dinding. Jadi boleh letak bayi anda di tepi dinding. Make sure datang awal ke masjid untuk dapat tempat 'strategik'.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Raudhah. Menunggu giliran masuk ke Raudhah memang lama dan hampir give up sebab Khalish tiba-tiba cranky. Time tu ustazah suruh ikut rombongan yang naik wheel chair.
Tips! Kaum lelaki yang bawa bayi agak mudah masuk ke Raudhah berbanding wanita. Masa diambil juga singkat. Cuba berbincang dengan suami jika dia boleh tolong bawa bayi bersama.
Hari terakhir di Masjid Nabawi suami bawa Khalish masuk tengok makam Rasulullah. Alhamdulillah bila penjaga tengok suami bawa Khalish terus bagi laluan untuk masuk. Allah... bertuahnya Khalish dapat 'jumpa' Rasullullah. Perempuan tak boleh masuk ya.
'Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak'
Sampai di Mekah jam 9.00malam. Time tu Khalish dah meragam sebab nak bergolek atas katil. Mutawwif beri masa 1 jam untuk kami bersedia sebelum melakukan umrah. Check-in je bilik terus letak Khalish atas katil.
Umrah pertama kami, dari start tawaf sampai tahallul Khalish tidur! Tidur yang sangat-sangat lena! Bayangkan keadaan bising dan masa bertawaf tolak menolak dan berhimpit. Allah Allah... sungguh Allah mudahkan kami.
Anas bin Malik mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda,
Selalunya tawaf selepas solat subuh dan asar memang agak ramai orang. Tapi time selepas subuh masih lagi time tidur Khalish. Jadi setiap kali tawaf mesti dia akan tertidur. Kami try pakaikan carrier. Sambil duduk pun dia boleh tidur walaupun bersesak ketika tawaf... Baik anak ibu!
Always keep your belongings safe. Ya... jangan rasa di Tanah Suci tiada kejadian kecurian ya. Kasut saya dicuri jemaah lain sekelip mata je! Nasib dapat balik bila ada jemaah Ukraine yang solat sebelah saya nampak dan mereka lah yang tolong dapatkan kasut saya kembali.
Biasanya ziarah tidak mengambil masa yang lama. Lepas subuh sehingga sebelum zohor dah balik. Untuk Epmom, boleh bawak pam susu in case terasa nak pam.
Khas untuk EPmom
Teruskan rutin mengepam seperti biasa. Minta bantuan suami ketika dalam flight atau bas. Kebiasaanya sebelum keluar solat di masjid saya akan siap-siap pam susu untuk Khalish.
Di KLIA saya cuma bawa 2 botol stok EBM (lebih 100ml setiap satu) dan Alhamdulillah selepas budi bicara dan jasa baik pihak kastam Malaysia mereka membenarkan saya membawa EBM tersebut ke dalam kabin.
Penyimpanan stok EBM di Mekah dan Madinah
Saya tidak terlalu risau untuk simpan terlalu banyak stok kerana baby bersama saya. Di hotel saya menginap juga ada menyediakan mini fridge bar di dalam bilik. Saya yakin kebanyakan hotel juga begitu.
Tambahan - Di Airport Jeddah tiada baby room. Surau di tingkat G agak spacious jadi sementara menunggu flight pulang saya bawa Khalish berehat di situ.
Sejujurnya, seronok bila kita nampak baby depan mata sepanjang kita beribadah. Walaupun sedikit penat dan kadang kala terkejar-kejar, sentiasa berdoa semoga semuanya dimudahkan, kita dan baby diberi kesihatan yang baik, baby boleh sesuaikan diri dengan baik dan sentiasa dilindungi di mana sahaja kita berada. Niat yang baik pasti Allah akan permudahkan. Yakin!
Terima Kasih kerana sudi membaca.
- Siakap Keli
BACA: Membawa Si Kecil Ketika Mengerjakan Umrah, Ini Tips Yang Boleh Dipraktikkan Untuk Memudahkan Urusan Dalam Menunaikan Ibadat
Demikianlah Artikel Mengerjakan Ibadah Umrah Di Tanah Suci, Ini Tip & Persediaan Sekiranya Membawa Bayi Bersama
Anda sekarang membaca artikel Mengerjakan Ibadah Umrah Di Tanah Suci, Ini Tip & Persediaan Sekiranya Membawa Bayi Bersama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mengerjakan-ibadah-umrah-di-tanah-suci.html