‘Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk Anut’

‘Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk Anut’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk Anut’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk Anut’
link : ‘Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk Anut’

Baca juga


‘Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk Anut’


‘Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk Alat Sulit’

Saya mempunyai berbelas anak saudara dan ada sebahagian anak saudara saya yang tinggal bersama saya kerana tuntutan kerja ibu bapa mereka. Dalam seminggu, pasti ada dua tiga hari akan tinggal bersama saya dan kebanyakan yang ditinggalkan bersama saya adalah anak saudara lelaki saya.

Ceritanya, ada seorang anak saudara lelaki yang telah dihadiahkan telefon seawal usia darjah 5, memandangkan dia adalah anak yang paling sulung dalam kalangan adik beradik. Saya tidak pernah mencurigai penggunaan telefonya selama ini kerana, setiap kali dia tinggal bersama saya, dia hanya menggunakan telefon itu untuk mendengar lagu sahaja. Begitu juga ibu bapa dia.

Ditakdirkan satu hari itu, dia telah keluar bersama rakan-rakannya tanpa menyedari tertinggal telefonnya di rumah. Kebetulan pula pada waktu itu saya bosan, saya pun membuka telefonnya dan terkejut apabila mendapati isi kandungan WhatsApp, WeChat, Facebook Chat dan gallery gambar dia adalah gambar-gambar perempuan muda dan ada juga beberapa gambar yang terlampau teruk untuk dilihat oleh kanak-kanak.

Malah, dalam diam juga dia pernah menghubungi kanak-kanak perempuan yang tidak dikenali dan bertukar-tukar gambar yang tidak senonoh. Bukan satu, bukan dua, tetapi ramai! Dan apa yang lebih mengejutkan ialah, kebanyakkan kanak-kanak perempuan itu langsung tidak segan untuk menunjukkan gambar yang tidak senonoh. Malah perbualan mesej mereka juga berbaur lucah.

Bayangkanlah pada waktu itu dia baru saja darjah 6 tetapi sudah bertindak sejauh itu apabila tidak dikawal oleh ibubapanya. Lebih menyedihkan, perbuatan dia bukan bertepuk sebelah tangan kerana ramai anak-anak perempuan yang terjebak dalam perbuatan seperti ini.

Ada di antara mereka juga berjanji untuk bertemu dengan anak saudara saya untuk menunjukkan 'alat sulit' mereka secara live. Allahuakbar! Menitik air mata saya membacanya.

Sepanjang dia tinggal bersama saya, solat 5 waktu saya tekankan, apatah lagi membaca Al Quran. Selepas itu, saya telah menyerahkan telefon itu kepada ibu bapa dia agar mereka sendiri melihat dan menilainya.

Apa yang saya ceritakan ini adalah kisah yang berlaku pada keluarga abang/kakak saya. Janganlah kerana kehendak kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Tolonglah, walaupun anak-anak nampak tulus, suci, murni bagai, tetapi ibu bapa tetap perlu 'mengambil tahu perkembangan mereka, dengan siapa dia berkawan dan berhubung. - Ibu Saudara Concern


http://ift.tt/2roKEIv






   

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk Anut’

Sekianlah artikel ‘Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk Anut’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk Anut’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mereka-siap-buat-temujanji-untuk-tunjuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :