link : ‘Messi’ Iran Bahagia Disangka Pemain Bola Sepak Terkenal
‘Messi’ Iran Bahagia Disangka Pemain Bola Sepak Terkenal
TEHRAN : Memiliki wajah seiras pemain bola sepak terkenal bukan saja mampu meraih populariti tetapi hampir disumbat ke dalam lokap polis.
Begitulah kisah Reza Parastesh, 25, yang memiliki wajah seiras pemain bola sepak Barcelona Lionel Messi.
Segalanya bermula apabila bapa pelajar Iran itu memintanya bergambar memakai jersi nombor 10 Barcelona dan dihantar ke laman sesawang sukan.
“Saya mengirimkannya pada satu malam dan di sebelah pagi mereka menghubungi saya untuk ditemubual,” katanya seperti dilaporkan AFP.
Walau pada mulanya keberatan, Reza memotong rambutnya seperti Messi dan selalu memakai jersi Barcelona ketika keluar rumah.
“Sekarang orang melihat saya sebagai Messi Iran dan mahu saya meniru apa yang beliau lakukan.
“Saya sangat gembira dapat membuat orang lain ceria dan kebahagiaan ini memberikan saya banyak tenaga,” dia dilaporkan berkata.
Gara-gara memiliki wajah seiras Messi, Rezza pernah dibawa ke balai polis bagi mengelak kesesakan lalu lintas disebabkan peminat yang mahu berswafoto dengannya.
Malah, sebuah stesen televisyen juga dilaporkan pernah tersalah siar gambar Reza di Twitter ketika melaporkan mengenai Messi. - ProjekMMO
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel ‘Messi’ Iran Bahagia Disangka Pemain Bola Sepak Terkenal
Sekianlah artikel ‘Messi’ Iran Bahagia Disangka Pemain Bola Sepak Terkenal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Messi’ Iran Bahagia Disangka Pemain Bola Sepak Terkenal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/messi-iran-bahagia-disangka-pemain-bola.html