link : Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai
Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai
MASYARAKAT setempat gempar dengan penemuan satu bangkai haiwan gergasi yang terdampar di Pantai Hulung, Pulau Hatta, Maluku, Indonesia.
Bangkai berkenaan ditemui oleh sekumpulan penduduk setempat yang sedang menangkap ikan di pesisir pantai berkenaan.
Namun dari segi bentuk fizikalnya, agak sukar untuk memastikan apakah spesis sebenar bangkai haiwan berkenaan.
Ahli Ekologi Laut Universiti Pattimura Ambon, Masudin Sangdaji berkata, bangkai haiwan berkenaan secara fizikalnya dilihat mirip dengan spesis sotong gergasi.
“Daripada foto yang saya lihat, bangkai berkenaan adalah lebih mirip kepada sotong gergasi namun melihatkan kepada saiznya ia seperti bangkai ikan paus.
“Tetapi di bahagian kepala bangkai haiwan berkenaan adalah sama seperti sotong. Namun ia tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah spesis bangkai berkenaan,” katanya memetik laporan Kompas.com.
Beliau turut mengakui agak sukar untuk mengenal pasti spesis bangkai berkenaan kerana terdapat sepasang taring seperti gading gajah di bahagian kepalanya.
“Beberapa penemuan yang dibuat sebelum ini, namun penemuan kali ini agak sukar untuk disimpulkan kerana ukurannya yang besar dan memiliki taring seperti gading gajah.
“Penelitian lanjut akan dibuat bagi memastikan apakah spesis sebenar bangkai haiwan berkenaan menerusi ahli taksonomi laut,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai
Sekianlah artikel Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/misteri-penemuan-bangkai-gergasi-di_12.html