Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai Terjawab

Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai Terjawab - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai Terjawab, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai Terjawab
link : Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai Terjawab

Baca juga


Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai Terjawab


MISTERI penemuan bangkai makhluk gergasi yang ditemukan terdampar di pantai di kepulauan Seram, Maluku, Indonesia sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya akhirnya terjawab.

Imej bangkai berkenaan tular di internet sehingga menimbulkan persoalan kepada para saintis: Apakah ia? Bagaimana ia berada di perairan Indonesia?

Menurut laporan The Washington Post, bangkai berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan, Asrul Tuanakota, 37, yang menyangka ia adalah sebuah bot yang tersadai di perairan cetek memandangkan saiznya yang besar.

Namun setelah mendekati bangkai berkenaan, Asrul mula menyedari bahawa ia bukanlah seperti yang disangka tetapi satu bangkai gergasi misteri yang berukuran 50 kaki panjang yang berkemungkinan sejenis spesis sotong gergasi berdasarkan kepada anggota badan bangkai berkenaan seakan-akan sesungut.

Bagaimanapun misteri penemuan itu akhirnya terjawab apabila ketua saintis dari Pusat Koservasi Laut mengesahkan bahawa bangkai berkenaan adalah seekor ikan paus berdasarkan rangkanya.

Proses pereputan bangkai berkenaan menyebabkan keadaan fizikalnya berubah sama sekali sehingga ia tidak dapat dikenal pasti.

Kebiasaannya, ikan paus yang mati akan tenggelam ke dasar laut dan bangkainya menjadi makanan kepada hidupan marin lain.

Namun proses pereputan yang dialami bangkai berkenaan agak berbeza kerana suhu air yang panas di perairan berkenaan membenarkan bakteria membiak dan merembeskan gas menyebabkan ia mengembang ke saiz gergasi.

Yang pastinya penemuan berkenaan menjadi tular di internet dan mengelirukan para saintis pada awal penemuannya ditambah pula dengan pelbagai andaian oleh warga tempatan menjadikan penemuan itu bertambah menarik. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai Terjawab

Sekianlah artikel Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai Terjawab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Misteri Penemuan Bangkai Gergasi Di Pantai Terjawab dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/misteri-penemuan-bangkai-gergasi-di_15.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :