MSN Melaka, Persatuan Menembak Negeri Lahir Ramai Atlet Menembak

MSN Melaka, Persatuan Menembak Negeri Lahir Ramai Atlet Menembak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MSN Melaka, Persatuan Menembak Negeri Lahir Ramai Atlet Menembak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MSN Melaka, Persatuan Menembak Negeri Lahir Ramai Atlet Menembak
link : MSN Melaka, Persatuan Menembak Negeri Lahir Ramai Atlet Menembak

Baca juga


MSN Melaka, Persatuan Menembak Negeri Lahir Ramai Atlet Menembak

MELAKA – Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka dan Persatuan Menembak Melaka menjalinkan kerjasama bagi melahirkan lebih ramai atlet menembak muda melalui pelbagai program dalam usaha membangunkan sukan menembak di negeri berkenaan.

Pengarah MSN Melaka, Ismail Abdol Jalil berkata menerusi kerjasama itu, pihaknya dapat mencungkil bakat dalam kalangan golongan remaja untuk mewakili negeri itu dan seterusnya negara.

“Justeru, kita berharap dapat membuat kesinambungan kepada pembangunan sukan menembak (melonjak ke peringkat lebih tinggi) di negeri ini, sekali gus mengetengahkan lebih ramai penembak pelapis yang berpotensi dan berbakat.

“Selain itu, kemahiran dan prestasi atlet menembak dapat dipertingkatkan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas program menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MSN Melaka dan Persatuan Menembak Melaka di sini hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani Ismail mewakili MSN Melaka manakala Persatuan Menembak Melaka diwakili Presidennya, Ong Beng Chuan.

Dalam pada itu, Ismail berkata persatuan tersebut bakal membina lapang sasar berkeluasan 1.6 hektar di Durian Tunggal, Alor Gajah di sini yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Persatuan (Menembak Melaka) bercadang membina prasarana (lapang sasar) bagi sebarang aktiviti menembak yang bakal menjadi tempat (lapang sasar menembak) antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Ong berharap agar semua pihak termasuk kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Melaka memainkan peranan dengan membantu persatuan itu mengenal pasti bakat dalam sukan menembak daripada murid sekolah.

“Kita sentiasa mengalu-alukan bakat daripada murid sekolah yang berminat menyertai dan meningkatkan kemahiran dalam sukan menembak,” katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel MSN Melaka, Persatuan Menembak Negeri Lahir Ramai Atlet Menembak

Sekianlah artikel MSN Melaka, Persatuan Menembak Negeri Lahir Ramai Atlet Menembak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MSN Melaka, Persatuan Menembak Negeri Lahir Ramai Atlet Menembak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/msn-melaka-persatuan-menembak-negeri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :