Nabil Diganggu, Terpaksa Tukar Nombor ‘Cari Makan’

Nabil Diganggu, Terpaksa Tukar Nombor ‘Cari Makan’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nabil Diganggu, Terpaksa Tukar Nombor ‘Cari Makan’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nabil Diganggu, Terpaksa Tukar Nombor ‘Cari Makan’
link : Nabil Diganggu, Terpaksa Tukar Nombor ‘Cari Makan’

Baca juga


Nabil Diganggu, Terpaksa Tukar Nombor ‘Cari Makan’

Nabil Diganggu, Terpaksa Tukar Nombor ‘Cari Makan’

Terpaksa tukar nombor telefon kerana gangguan. (Gambar: Chempaka Nur Iman)

Entah di mana punca, nombor telefon Nabil Ahmad disebarkan pihak tertentu hingga pelawak dan pengacara itu terpaksa bertukar ke nombor baharu disebabkan sering menerima  gangguan daripada individu tidak dikenali.

Hakikatnya, amat berat untuk beliau berbuat sedemikian selepas sekian lama menggunakan nombor berkenaan yang disifatkannya sebagai ‘talian cari makan’ tetapi terpaksa membuat keputusan sukar itu.

“Saya difahamkan nombor telefon peribadi beberapa rakan artis lain juga disebarkan oleh pihak tertentu di internet sejak beberapa bulan lalu. Mereka turut berdepan masalah sama iaitu menerima panggilan dan gangguan hingga tengah malam.

“Saya syak nombor telefon saya juga sudah diketahui umum kerana ada saja panggilan masuk yang sekadar mahu mengucapkan hello. Kebiasaannya juga ada suara kanak-kanak di hujung talian atau sekadar deringan.

“Lebih pelik, individu tidak bertanggungjawab ini juga memasukkan saya pula ke dalam WhatsApp Group tertentu. Bertambah kalut jadinya,” katanya ketika ditemui pada majlis Sembang Santai Jakel Barulah Raya 2017, Ahad lalu.

Akui selebriti yang sudah bergelar penerbit itu lagi, beliau berharap pelanggan mahu pun pihak yang mahu mendapatkan khidmatnya maklum mengenai pertukaran terbabit kerana sudah memaklumkan perkara itu secara peribadi.

“Walau pun berat hati, saya tiada cara lain. Nombor baharu sudah ada dan saya juga turut menghubungi kenalan termasuk rakan media memaklumkan mengenai talian baharu. Saya tidak mahu pelanggan mahu pun rakan terdekat sudah menghubungi saya.

Terdahulu, selain ligat memenuhi persembahan pentas, bapa kepada dua cahayamata itu kini semakin rancak mengatur perjalanan buat syarikat miliknya, Nabil Production, untuk menerbitkan sitkom dan program realiti.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nabil Diganggu, Terpaksa Tukar Nombor ‘Cari Makan’

Sekianlah artikel Nabil Diganggu, Terpaksa Tukar Nombor ‘Cari Makan’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nabil Diganggu, Terpaksa Tukar Nombor ‘Cari Makan’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nabil-diganggu-terpaksa-tukar-nombor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :