link : Najib Berbuka Bersama Anggota Kabinet, MB Dan KM
Najib Berbuka Bersama Anggota Kabinet, MB Dan KM
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berbuka puasa bersama anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri di kediaman rasminya Seri Perdana, di sini.
Anggota-anggota perwakilan asing dan pegawai kanan kerajaan merupakan antara 2,000 orang yang turut hadir di majlis itu.
Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Pada majlis itu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 100 anak yatim dari tiga buah rumah anak yatim iaitu Rumah Bakti Al Kausar , Bangi; Rumah Anak Yatim Al Fateh, Kajang; dan Maahad Tahfiz Az Zean, Sungai Buloh.
Najib turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih selepas majlis berbuka itu. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Najib Berbuka Bersama Anggota Kabinet, MB Dan KM
Anda sekarang membaca artikel Najib Berbuka Bersama Anggota Kabinet, MB Dan KM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/najib-berbuka-bersama-anggota-kabinet.html