link : Najib Yakin DFTZ Bakal Menjadi Hab Baharu Ekonomi Digital
Najib Yakin DFTZ Bakal Menjadi Hab Baharu Ekonomi Digital
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang baru dilancarkan, akan menjadi hab baharu ekonomi digital, dengan lebih ramai rakyat Malaysia di bandar dan luar bandar memperoleh manfaatnya.
Perdana Menteri berkata DFTZ pastinya belajar daripada kejayaan e-dagang China, Alibaba Group, dan menambah bahawa kumpulan itu nampak jauh ke hadapan dan cepat mengaplikasikan cara baharu untuk berdagang dalam abad ke-21 ini.
"Saya kagum terhadap kejayaan Alibaba. Dalam tempoh 13 tahun sahaja, transaksinya sudah mencecah 3 trilion yuan atau hampir RM1.9 trilion.
"Sepanjang Festival Membeli-belah Dunia tahun lepas, Alibaba memproses sejumlah 175,000 tempahan sesaat semasa puncak!," katanya dalam catatan di Facebook dan Twitter hari ini.
Najib singgah di Hangzhou hari ini untuk melihat operasi Alibaba Group.
Perdana Menteri juga menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Hangzhou Municipal Government & Alibaba Group (China) Company Limited.
MoU itu adalah antara usaha yang dilaksanakan Malaysia bagi menjayakan projek DFTZ yang dilancarkan oleh Najib dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma, yang juga Penasihat Ekonomi Digital kepada Kerajaan Malaysia, pada 22 Mac lepas.
"Menerusi DFTZ, ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan keusahawanan akan berubah, dan menjadi lebih eksklusif. Diunjur
menyaksikan peningkatan rantaian nilai serta 60,000 pekerjaan baharu!," kata Najib.
DFTZ disasarkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan menyediakan kemudahan e-dagang merentas sempadan untuk PKS, yang sebelum ini sukar untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Ia antara lain menyediakan kawasan di Kuala Lumpur International Airport Aeropolis sebagai kemudahan logistik dan penyimpanan serta prosedur pembiayaan dan pelepasan kastam yang lebih pantas. -- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Najib Yakin DFTZ Bakal Menjadi Hab Baharu Ekonomi Digital
Sekianlah artikel Najib Yakin DFTZ Bakal Menjadi Hab Baharu Ekonomi Digital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib Yakin DFTZ Bakal Menjadi Hab Baharu Ekonomi Digital dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/najib-yakin-dftz-bakal-menjadi-hab.html