link : Nak poligami punya pasal
Nak poligami punya pasal
Melaka: “Saya pasti akan akur dengan keputusan mahkamah jika hakim membuat penilaian mendapati suami berkemampuan untuk berpoligami. Malah, saya tidak ada masalah kalau suami ikut cara betul ketika mahu berpoligami.
“Sekarang apa yang dilakukan amat mengecewakan saya,” kata wanita hanya mahu dikenali sebagai Lin berusia 30-an yang kecewa dengan tindakan suaminya yang didakwa memalsukan dokumen dan tandatangan untuk berpoligami.
Kerana mahukan kepastian, dia dibantu rakannya melakukan siasatan sendiri sebelum membongkar perbuatan suami memalsukan tandatangannya serta beberapa butiran lain selain tidak mengikut syarat untuk berpoligami seperti ditetapkan mahkamah syariah.
Dia turut mengesyaki pemalsuan dokumen untuk proses poligami itu dibantu orang dalam yang menguruskan hal perkahwinan suaminya.
Wanita itu mendakwa suaminya hanya memberitahu sudah berkahwin di Johor melalui panggilan telefon dan SMS pada Ogos tahun lalu, menyebabkan dia terkejut.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Nak poligami punya pasal
Anda sekarang membaca artikel Nak poligami punya pasal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nak-poligami-punya-pasal.html