Nak Tenang Dalam Pawagam Dengan Anak Kecil, Ini 7 Caranya!

Nak Tenang Dalam Pawagam Dengan Anak Kecil, Ini 7 Caranya! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nak Tenang Dalam Pawagam Dengan Anak Kecil, Ini 7 Caranya!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nak Tenang Dalam Pawagam Dengan Anak Kecil, Ini 7 Caranya!
link : Nak Tenang Dalam Pawagam Dengan Anak Kecil, Ini 7 Caranya!

Baca juga


Nak Tenang Dalam Pawagam Dengan Anak Kecil, Ini 7 Caranya!

Sesekali bawa anak-anak menonton wayang cerita kartun atau filem yang bergenrekan keluarga tentu menyeronokkan. Selesai menonton anda dan keluarga juga boleh menghabiskan masa bersama dengan beriadah di taman atau pergi makan malam bersama.

Namun yang sering menjadi masalah adalah sikap si kecil yang kadang-kadang memeningkan kepala ketika menonton.

Ada yang tidak duduk diam dan juga mula bosan setelah beberapa ketika menonton. Ikuti tip di bawah untuk pastikan anda dan di kecil dapat menikmati filem yang ditonton dengan tenang dan gembira sepanjang siaran.

Tonton Filem Kegemaran

Pastikan filem yang bakal anda tonton disukai oleh anak-anak anda. Tunjukkan kepada mereka preview atau sedikit sedutan menarik yang ada untuk ketahui adakah anak-anak anda akan suka dengan filem yang akan ditonton nanti. Jika mereka menyukainya pasti mereka akan fokus dan menonton dengan tenang di dalam pawagam.

Belikan Snek

Jangan lupa untuk membeli snek dan juga minuman kegemaran mereka untuk dibawa ke dalam pawagam. Makanan dan minuman tersebut akan membuatkan mereka bertambah seronok untuk menonton filem nanti.

Bawa Sekali Permainan Kesayangan

Bawa beberapa permainan kesayangan mereka bersama jika mereka bosan, bolehlah mereka bermain dengan permainan tersebut. Tetapi jika permainan tersebut boleh menimbulkan bunyi bising, maka sebaiknya anda membawa buku mewarna atau tablet bersama fon telinga untuk mereka tonton atau bermain permainan video di dalamnya.

Yang Penting... Nasihat!

Sebelum filem bermula, sebaiknya anda menerangkan kepada anak-anak anda bahawa bukan keluarga anda sahaja yang ada di dalam pawagam tersebut. Oleh itu amat penting untuk mereka menjaga kelakuan dan kekal tenang sepanjang tayangan filem tersebut supaya orang lain juga dapat menikmati filem yang ditayangkan dengan baik.

Kedudukan Kerusi Pun Penting, Bawa Kusyen Nak Bagi Tinggi

Memastikan keperluan anak-anak didahulukan sepanjang menonton wayang. Jika anak-anak anda sudah boleh duduk sendiri, pastikan mereka boleh nampak layar di hadapan supaya tidak menimbulkan bunyi bising kerana mereka tidak dapat menonton filem yang ditayangkan. Sediakan kusyen atau benda yang sedikit tinggi untuk keselesaan mereka sepanjang tayangan.

Pernah Dengar 'Silent Game'

Buat satu ‘silent game’ sepanjang filem ditayangkan. Siapa yang kalah akan di denda dan siapa yang menang akan diberi hadiah selepas selesai menonton. Pasti mereka lebih diam dan tenang sepanjang menonton.

Jangan Lupa Reward!

Jika anak-anak berkelakuan baik sepanjang menonton, bawalah mereka makan ke restorant kegemaran mereka atau belikan permainan yang mereka suka. Pasti mereka teruja dan mahukan aktiviti tersebut berulang lagi.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nak Tenang Dalam Pawagam Dengan Anak Kecil, Ini 7 Caranya!

Sekianlah artikel Nak Tenang Dalam Pawagam Dengan Anak Kecil, Ini 7 Caranya! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nak Tenang Dalam Pawagam Dengan Anak Kecil, Ini 7 Caranya! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nak-tenang-dalam-pawagam-dengan-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :