Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !

Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli ! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !
link : Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !

Baca juga


Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !

PUTRAJAYA: Wanita yang dikaitkan Rafizi Ramli dengan Godfrey Group Ltd, syarikat yang dikatakan membayar RM1.07 juta kepada seorang pelobi Washington, berkata ia merupakan kesilapan identiti di pihak naib presiden PKR itu.
“Saya bukan individu itu dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan,” kata Florence Goh yang memperkenalkan dirinya sebagai pemilik CRT Insights Technologies Sdn Bhd.
Goh, yang ditemani Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata tuduhan Rafizi mengancam keluarga dan perniagaannya.
“Saya berharap pihak berkuasa akan membantu saya kerana saya tidak bersalah,” katanya.
Wee berkata Rafizi dalam kenyataannya menggunakan nama Cina wanita itu, Goh Siew Boey, syarikat miliknya bersama butiran pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Bagaimanapun, menurut dokumen SSM yang ditunjukkan Rafizi, alamat syarikat CRT Insights didaftarkan Jalan Molek 2/1.
“Rafizi perlu periksa fakwa sebelum membuat tuduhan melulu,” kata Wee.
Wee menunjukkan dokumen SSM yang menunjukkan nama Florence Goh tetapi dengan nama Cina lain.
“Sebagai ahli Parlimen, beliau boleh mendedahkan apa-apa sahaja, tetapi janganlah mangsakan mereka yang tidak berdosa,” kata Wee.
Goh hari ini menuntut permohonan maaf daripada Rafizi yang juga wakil rakyat Pandan.
Menurutnya, selepas Rafizi mengaitkannya dengan Godfrey, beliau dihubungi rakan niaganya dari luar negara bertanyakan sama ada dakwaan itu benar.
“Saya sepatutnya menyambut ulang tahun ke-10 syarikat saya apabila masalah ini timbul,” katanya yang turut tidak menolak memfailkan saman.
Laporan dari Amerika Syarikat memetik borang yang difailkan seorang pelobi pentadbiran Donald Trump, Healy Baumgardner-Nardone, yang mengisytiharkan menerima AS$250,000 (RM1.07 juta) daripada Godfrey, beralamat di Johor Bahru dan juga Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Pengisytiharan itu wajib di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing di mana sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Putrajaya yang berkata ia tidak pernah memberi kontrak kepada mana-mana syarikat untuk melakukan aktiviti pelobian di Washington.
Rafizi pada Sabtu berkata seorang wanita bernama Florence Goh merupakan pengarah Godfrey, dan mempunyai pertalian dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Ahmad dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad. #sumber


Demikianlah Artikel Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !

Sekianlah artikel Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nama-sama-tetapi-orangnya-lain-florence.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :