link : Nasi Goreng Basi Menu Kantin Sekolah
Nasi Goreng Basi Menu Kantin Sekolah
KUALA SELANGOR: Menu berkhasiat antara syarat jualan di kantin sekolah seluruh negara, namun situasi berbeza dialami 1,700 murid Sekolah Kebangsaan Seri Pristana (SKSP), Sungai Buloh dekat sini.
Hidangan di kantin sekolah itu pastinya terus melekat dalam memori, apabila sekumpulan pelajarnya telah mengalami keracunan makanan.
Dalam insiden terkini pada Rabu, kira-kira 10 murid telah dibawa ke klinik kerana mengalami muntah-muntah di sekolah selepas menjamah nasi goreng basi yang dijual di kantin sekolah itu.
Sumber memberitahu mStar Online, lebih ramai murid sesi pagi dan petang yang mengalami simptom sama termasuk cirit-birit juga telah mendapatkan rawatan.
"Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku dan pengusaha kantin berkenaan pernah diberi amaran, tetapi ia tetap berulang.
"Kami masih mengumpul maklumat berkaitan insiden terbaru ini untuk tindakan lanjut.
"Bagaimanapun, ada ibu bapa yang telah melaporkan kejadian ini kepada pihak kementerian dan ia diharap dapat membantu menangani isu ini, " katanya yang kesal dengan kejadian yang berlaku pada minggu peperiksaan pertengahan tahun yang bermula Khamis.
Difahamkan, sebelum ini ada murid menemui telur cicak dalam bungkusan nasi lemak, selain telur goreng dan bubur yang basi dijual pengusaha kantin berkenaan.
Selain itu, ada ibu bapa yang mengadu harga jualan di situ juga mahal, misalnya air sirap dijual pada harga RM1, berbanding hanya 50 sen di sekolah lain yang juga terletak di kawasan perumahan Saujana Utama.
Sumber itu berkata, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sedang memantau rapi operasi pengusaha kantin berkenaan.
"Pengusaha kantin itu memulakan operasi di SKSP awal tahun ini dan setakat ini ada murid yang pernah dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan selepas jamah hidangan yang dijual," katanya.-mStar
Demikianlah Artikel Nasi Goreng Basi Menu Kantin Sekolah
Sekianlah artikel Nasi Goreng Basi Menu Kantin Sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nasi Goreng Basi Menu Kantin Sekolah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nasi-goreng-basi-menu-kantin-sekolah.html