Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini

Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini
link : Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini

Baca juga


Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini

PUTRAJAYA: Kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara akan diketahui selepas hasil dapatan mesyuarat audit dalaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkaitan pergantungan tugasnya dibentangkan Jun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil dapatan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau untuk tindakan selanjutnya.

Ismail Sabri berkata mesyuarat tersebut yang diadakan pada 18 Mei lalu telah membincangkan status pergantungan Annuar yang bermula sejak 1 Jan lalu, susulan isu penajaan UniKL dan Pelaburan Mara Bhd ke atas pasukan bola sepak Kelantan.

"Ketika mesyuarat diadakan, saya mempunyai tugasan di luar negara dan saya difahamkan hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan kepada saya dan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya (berkaitan pergantungan Annuar)," katanya ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa kementeriannya di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata Annuar masih lagi menjawat jawatan Pengerusi Mara dan diberi cuti daripada menggalas tugas tersebut sehingga tempoh yang akan ditentukan kelak.

Mengenai prestasi kementeriannya yang mencapai sasaran 100 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) bagi tahun lepas, Ismail Sabri berkata pihaknya akan bekerja keras agar kecemerlangan dapat dikekalkan untuk masa akan datang

"Kita berbesar hati kerana apa yang dilakukan telah dinilai baik oleh Perdana Menteri sekali gus memenuhi KPI yang ditetapkan," katanya.

Lapan kementerian termasuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjaya mencapai sasaran 100 peratus KPI yang ditetapkan PEB bagi tahun lepas.

Kementerian lain ialah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Luar; Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini

Sekianlah artikel Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasib Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nasib-annuar-musa-sebagai-pengerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :