NATO Anggota Penuh Gabungan Global Menentang Daesh

NATO Anggota Penuh Gabungan Global Menentang Daesh - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NATO Anggota Penuh Gabungan Global Menentang Daesh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NATO Anggota Penuh Gabungan Global Menentang Daesh
link : NATO Anggota Penuh Gabungan Global Menentang Daesh

Baca juga


NATO Anggota Penuh Gabungan Global Menentang Daesh

BRUSSELS – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan menjadi anggota penuh Gabungan Global menentang Daesh, lapor agensi berita China Xinhua yang memetik kenyataan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg.

“NATO bersetuju untuk menjadi anggota penuh Gabungan Global menentang kumpulan tersebut yang turut dianggotai oleh semua 28 negara anggota NATO,” katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak NATO, Khamis.

Bagaimanapun, katanya, penyertaan NATO dalam gabungan itu tidak bermakna ia akan turut terlibat dalam pertempuran.

Menurut beliau, keputusan yang diambil oleh pemimpin 28 negara bersekutu NATO bertujuan menghantar isyarat tentang usaha bersama dalam memerangi keganasan global.

NATO akan mengambil bahagian dalam perbincangan politik, termasuk penyelarasan latihan dan pembinaan kapasiti, katanya.

Pemimpin negara-negara bersekutu NATO berhimpun untuk mesyuarat pertama mereka di ibu pejabat baharu NATO di Brussels, dengan isu perbelanjaan ketenteraan dan usaha dalam memerangi keganasan menjadi agenda utama perbincangan. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel NATO Anggota Penuh Gabungan Global Menentang Daesh

Sekianlah artikel NATO Anggota Penuh Gabungan Global Menentang Daesh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NATO Anggota Penuh Gabungan Global Menentang Daesh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nato-anggota-penuh-gabungan-global.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :