link : Netizen Anggap Pemansuhan Dasar Kabotaj Tiada Makna
Netizen Anggap Pemansuhan Dasar Kabotaj Tiada Makna
Dasar kabotaj ialah dasar dimana setiap penghantaran akan dikenakan caj 30% untuk Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Keadaan tersebut menyebabkan kos penghantaran menjadi lebih mahal.
Susulan keputusan kerajaan persekutuan melaksanakan pengecualian dasar kabotaj bagi aktiviti perkapalan dalam perkhidmatan kargo dari pelabuhan di Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 1 Jun ini, kerajaan Sarawak berharap pemansuhan dasar tersebut akan dapat mengurangkan kos harga barangan di Sarawak.
Dengan pengecualian dasar tersebut, Sarawak tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmatan perkapalan kargo.
Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk menghapuskan dasar kabotaj supaya kapal-kapal dari luar negara boleh datang terus ke Sarawak dan tidak perlu lagi melalui Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan kos berganda.
Namun terdapat segilintir masyarakat yang tidak berpuas hati dengan pemansuhan tersebut. Malah ada yang menganggap keputusan tersebut hanyalah gula-gula dan wayang politik untuk meraih undi menjelang Piliharaya Umum ke-14 (PRU-14).
“Wayang-wayang..dah dekat pru dah ni..wayang semata-mata untuk menarik pengundi,” kata pengguna Facebook.
“Bila PRU makin dekat, maka bermula wayang politik, jelas seorang lagi pengguna Facebook.
Sebelum ini ramai yang beranggapan dasar kabotaj punca utama kenaikan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Namun pada hakikatnya kenaikan harga barangan pengguna berpunca dari pelbagai sebab, antaranya tindakan sesetengah peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan.
“Memansuhkan dasar kabotaj tidak akan menyelesaikan apa-apa sebaliknya ia lebih memburukkan keadaan,” kata Tzu Py Wong
“Dasar itu selama ini memang tidak berfungsi dan tidak berkesan untuk Sabah dan Sarawak” kata Omar Hashim.
“Barang akan tetap mahal dengan adanya GST. Minyak tetap naik” ujar Hasan Nasir.
Semestinya pemansuhan dasar kabotaj ini akan memberikan implikasi kepada syarikat kapal milik kroni pemimpin-pemimpin politik dari parti yang berkuasa menyebabkan mereka hilang kuasa monopoli.-Sarawakiana malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Netizen Anggap Pemansuhan Dasar Kabotaj Tiada Makna
Sekianlah artikel Netizen Anggap Pemansuhan Dasar Kabotaj Tiada Makna kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Netizen Anggap Pemansuhan Dasar Kabotaj Tiada Makna dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/netizen-anggap-pemansuhan-dasar-kabotaj.html