link : Nidji gegar Kilang Bateri
Nidji gegar Kilang Bateri
Suasana di Kilang Bateri di sini, gamat apabila kumpulan popular dari Indonesia, Nidji, membuat persembahan memukau dalam konsert JOOX Live Bersama Nidji, malam tadi.
Konsert yang bermula jam 9.20 malam itu dihadiri kira-kira 1,000 peminat kumpulan yang dianggotai oleh Giring, Rama, Andro, Ariel, Randy dan Adri itu.
Giring yang dikenali dengan aksi lincahnya di atas pentas berjaya memukau penonton dari awal persembahannya dengan lagu pembukaan Gantungi Aku yang juga lagu dalam album terbarunya; Love, Fake & Friendship.
Lagu-lagu dalam album kelima Nidji yang baru dilancarkan itu turut didendangkan dalam konsert anjuran JOOX Malaysia dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu.
Antara lagu baru yang disajikan buat peminatnya termasuk single pertama dalam album itu iaitu Bila Bersamamu dan Hancur Aku yang juga lagu nyanyian kumpulan Estranged.
Konsert yang disifatkan sebagai hadiah buat peminatnya di Malaysia selepas 15 tahun pembabitan mereka dalam industri muzik itu turut menampilkan lagu-lagu popular Nidji seperti Shadow, Arti Sahabat, Teroesir (Menunggu Karma), Sang Mantan, Sudah dan Disco Lazy Time.
Nidji menamatkan konsert malam tadi dengan lebih bertenaga apabila peminat dihiburkan dengan lagu Laskar Pelangi, Biarlah dan Hapus Aku.
The post Nidji gegar Kilang Bateri appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Nidji gegar Kilang Bateri
Anda sekarang membaca artikel Nidji gegar Kilang Bateri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nidji-gegar-kilang-bateri.html