Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Mufti Perlis

Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Mufti Perlis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Mufti Perlis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Mufti Perlis
link : Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Mufti Perlis

Baca juga


Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Mufti Perlis

KANGAR: Seorang operator pengeluaran sebuah kilang di Jejawi dekat sini yang mengaku bersalah atas dakwaan menghina Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin didenda RM2,500 oleh Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

Mohd Shukor Ishak, 30, yang tinggal di Kampung Hutan Temin, Mata Air, Arau membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari.

Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari.

Siti Hajar merayu bagi pihak anak guamnya agar Mahkamah mengenakan hukuman ringan setelah dia mengakui kesilapan dan insaf dengan perbuatannya.

Hakim Azhar Abu Hassan kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara tiga bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menggunakan nama 'Mohd Shukor RK' memuat naik komen jelek terhadap Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza secara sedar melalui akaun Facebook beliau pada pukul 6.30 petang, 30 April lepas dengan niat untuk menyakitkan hati orang.

Dia dituduh mengikut seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan dihukum mengikut seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Mufti Perlis

Sekianlah artikel Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Mufti Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Operator pengeluaran didenda RM2,500 hina Mufti Perlis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/operator-pengeluaran-didenda-rm2500.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :