link : Orang Ketiga Punca Elizabeth Tan Putus Cinta
Orang Ketiga Punca Elizabeth Tan Putus Cinta
Penyanyi Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy mengakui kewujudan orang ketiga yang menjadi punca dia putus cinta bulan lalu.
Pelantun lagu Tabah ini berkata, dia menjadikan perkara yang berlaku ini sebagai pengajaran yang terbaik kepada dirinya untuk melalui kehidupan yang akan datang.
“Saya tak menafikan wujudnya orang ketiga yang menjadi punca perpisahan kami. Sewaktu kami masih bersama, saya sanggup membelakangkan keluarga ketika bercinta dengan si dia.
“Saya tak nafikan juga dia bersikap curang bersama kekasih lamanya. Saya bersyukur kerana saya mendapat kesedaran mengenai perkara tersebut dan hubungan saya bersama keluarga dapat kembali dipulihkan,” katanya.
Timbul isu yang mendakwa tentang hubungan Lizzy bersama seorang ahli perniagaan telah putus. Lizzy juga berkata dia tidak mahu untuk menoleh kebelakang dan lebih selesa dengan status solo serta mahu memberikan fokus yang lebih terhadap kariernya.
“Sekarang saya mahu memberikan fokus kepada kerjaya saya. Kini, saya mahu menangguhkan seketika aktiviti nyanyian dan memberi fokus kepada bidang lakonan.
“Saya sedang sibuk di set penggambaran drama bersiri My Darling Inspektor Daniel bersama Aaron Aziz. Drama bersiri arahan Aziz M Osman itu bakal ditayangkan di Astro Ria,” katanya.
Sedikit informasi tentang Lizzy,
Elizabeth Tan dilahirkan pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur. Mula menceburi bidang nyanyian dengan memuat naik video pada laman youtube. Hanya berbekalkan sebuah alat muzik, ukulele, Lizzy mampu menarik perhatian ramai dengan nyanyiannya.
Antara lagu cover yang dinyanyikan oleh Lizzy di youtube dahulu adalah, Pencuri Hati nyanyian asal Mark Adam, Kantoi oleh Zee Avi dan banyak lagi.
Sekitar akhir tahun 2014 dia berjaya mencuri perhatian ramai menerusi lagu cover Havoc nyanyian asal oleh Joe Flizzow. Selepas video itu dimuat naik, Lizzy dihubungi oleh syarikat rakaman bagi menjadikannya sebagai artis rakaman dan daripada situlah kerjayanya sebagai penyanyi bermula.
The post Orang Ketiga Punca Elizabeth Tan Putus Cinta appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Orang Ketiga Punca Elizabeth Tan Putus Cinta
Anda sekarang membaca artikel Orang Ketiga Punca Elizabeth Tan Putus Cinta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/orang-ketiga-punca-elizabeth-tan-putus.html