link : Pangkalan APMM Mukah beroperasi Julai ini
Pangkalan APMM Mukah beroperasi Julai ini
KUCHING - Sebuah pangkalan hadapan Maritim Malaysia (APPM) Wilayah Sarawak yang baharu akan memulakan operasinya di Mukah Julai tahun ini.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim, Ismaili Bujang Pit berkata, dengan adanya pangkalan hadapan tersebut, pihaknya dapat mempertingkatkan operasi penguatkuasaan khususnya di sekitar kawasan perairan Beting Mukah dekat sini.
Menurutnya, perairan Beting Mukah telah dikenalpasti sebagai antara kawasan yang sering dicerobohi oleh nelayan asing.
"Justeru dengan adanya pangkalan hadapan baharu ini, kita yakin operasi penguatkuasaan di sekitar perairan Mukah dapat diperketatkan lagi sekali gus mengelakkan berlakunya kebocoran pendapatan negara di lokasi strategik.
"Ini termasuk membanteras kegiatan penyeludupan dan pencerobohan nelayan asing di perairan negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di sini sebentar tadi. - K! ONLINE
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pangkalan APMM Mukah beroperasi Julai ini
Sekianlah artikel Pangkalan APMM Mukah beroperasi Julai ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pangkalan APMM Mukah beroperasi Julai ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pangkalan-apmm-mukah-beroperasi-julai.html