PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Berhubung Status DAP

PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Berhubung Status DAP - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Berhubung Status DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Berhubung Status DAP
link : PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Berhubung Status DAP

Baca juga


PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Berhubung Status DAP


GEORGE TOWN: Parti Alternatif Rakyat (PAP) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menyelesaikan segera siasatan berhubung status DAP sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Pengerusinya Rahmad Isahak berkata siasatan sudah terlalu lama sehingga menjangkau lebih tiga tahun dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku melainkan DAP telah mengatasi bidang kuasa RoS.

Beliau mendakwa status anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang hingga kini belum mendapat pengiktirafan menggambarkan seolah-olah RoS tidak profesional dalam melakukan siasatan terhadap parti itu.

Dengan kedudukan itu, DAP sebenarnya tidak boleh meluluskan keanggotaan parti atau mengutip yuran daripada anggotanya, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

RoS sebelum ini mengarahkan pemilihan CEC diadakan semula selepas wujud dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi pada pemilihan 15 Dis 2012.

Pemilihan semula CEC pada 29 Sept 2013 juga belum diiktiraf selain mendapat bantahan daripada bekas anggota parti itu yang mendakwa menerima undi daripada perwakilan sedangkan tidak lagi menjadi ahli DAP. -  BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Berhubung Status DAP

Sekianlah artikel PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Berhubung Status DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Berhubung Status DAP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pap-desak-ros-segera-selesai-siasatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :