PAS: Arul Di Gesa Tampil Bagi Penjelasan, Elak Dirinya Di Persalahkan

PAS: Arul Di Gesa Tampil Bagi Penjelasan, Elak Dirinya Di Persalahkan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS: Arul Di Gesa Tampil Bagi Penjelasan, Elak Dirinya Di Persalahkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS: Arul Di Gesa Tampil Bagi Penjelasan, Elak Dirinya Di Persalahkan
link : PAS: Arul Di Gesa Tampil Bagi Penjelasan, Elak Dirinya Di Persalahkan

Baca juga


PAS: Arul Di Gesa Tampil Bagi Penjelasan, Elak Dirinya Di Persalahkan

PETALING JAYA: PAS hari ini menyeru Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, untuk tampil menjelaskan peranannya dalam kemelut Bandar Malaysia dan sama ada beliau dipinggirkan dalam keputusan kerajaan membatalkan perjanjian dengan konsortium IWH-CREC minggu lalu.
“PAS mengulangi gesaan agar Arul dapat mendedahkan segalanya sebelum dikambing-hitamkan. Itu pembebasan sebenar daripada tanggungjawab yang beliau pikul terhadap 1MDB ini,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata Arul pada tahun lalu pernah mendakwa kemungkinan orang dalam 1MDB melakukan penipuan dalam isu kemelut 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar BVI).
Dan yang terkini, kata Tuan Ibrahim, Arul menjanjikan “pengumuman penting”, tetapi tiba-tiba mendapati dirinya hilang jawatan dalam lembaga pengarah Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Tun Razak Exchange (TRX), dua projek utama 1MDB.
“Persoalannya apakah yang bakal diumum oleh Arul? Apakah pengumuman Arul ini tidak direstui oleh Perdana Menteri?” soal Tuan Ibrahim.
Semalam, Arul berkata tidak dimaklumkan mengenai keputusan mengeluarkan beliau daripada lembaga pengarah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX).
Bagaimanapun, beliau bersedia menerima keputusan itu memandangkan pelantikannya atas kapasiti 1MDB sebagai pemegang saham kedua-dua syarikat, itu.
“Oleh kerana syarikat-syarikat telah dipindahkan oleh 1MDB ke MOF Inc berkuatkuasa dari 31 Mac, 2017, ia hanya munasabah untuk menjangkakan bahawa MOF Inc mahu melantik pengarah baru, itu budi bicaranya,” kata Arul semalam.
Sebelum itu, beberapa laporan memetik sumber mengatakan keputusan mengeluarkan Arul kerana mungkin ada “konflik kepentingan” kesan daripada kegagalan perjanjian Bandar Malaysia dengan IWH-CREC, usaha sama Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC).
Perjanjian itu diumumkan batal minggu lalu atas dakwaan IWH-CREC gagal membuat pembayaran untuk pemilikan saham dalam Bandar Malaysia. Bagaimanapun, kemelut timbul selepas konsortium itu mempertikaikan tuduhan itu dan mendakwa pembayaran sudah dibuat.
Tuan Ibrahim mempersoalkan sama ada Arul cuba menyelesaikan kemelut itu.
“Apakah Arul cuba menyelesaikan masalah IWH-CREC di belakang takbir dengan cara tersendiri sehingga timbul konflik kepentingan?”
Beliau turut bertanya sama ada Arul cuba “menyelesaikan kekotoran 1MDB” untuk membolehkan beliau mengundurkan diri. #sumber


Demikianlah Artikel PAS: Arul Di Gesa Tampil Bagi Penjelasan, Elak Dirinya Di Persalahkan

Sekianlah artikel PAS: Arul Di Gesa Tampil Bagi Penjelasan, Elak Dirinya Di Persalahkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS: Arul Di Gesa Tampil Bagi Penjelasan, Elak Dirinya Di Persalahkan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pas-arul-di-gesa-tampil-bagi-penjelasan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :