PAS cuma dengar titah Sultan Selangor dalam isu tiga Exco…

PAS cuma dengar titah Sultan Selangor dalam isu tiga Exco… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS cuma dengar titah Sultan Selangor dalam isu tiga Exco…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS cuma dengar titah Sultan Selangor dalam isu tiga Exco…
link : PAS cuma dengar titah Sultan Selangor dalam isu tiga Exco…

Baca juga


PAS cuma dengar titah Sultan Selangor dalam isu tiga Exco…

Sekalipun hangat kedengaran suara-suara pimpinan Pakatan desak PAS angkat kaki dari tiga jawatan Exco Selangor,parti itu Isnin menegaskan ia tidak akan berganjak selagi tidak ada titah dari Sultan Selangor sendiri.

 Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan kata PAS berpegang kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri bahawa lantikan jawatan Exco dibuat oleh Sultan Selangor.

“Selagi sultan perkenan ahli exco PAS pegang jawatan, kita pegang,”katanya pada sidang akhbar di ibupejabat PAS.

Takiyuddin menegaskan cuma Sultan Selangor boleh titah arah mereka letak jawatan atau pecat mereka,”tegasnya.

Beliau juga memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat akan adakan mesyuarat Khamis ini untuk bincangkan isu berkenaan.

Tiga Exco PAS itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pula memberitahu pimpinan PKR akan adakan mesyuarat esok Selasa untuk bincangkan isu kerajaan negeri Selangor.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali telah memberitahunya mengenai pertemuan yang beliau adakan dengan tiga Exco PAS pagi Jumaat lalu.

“Saya percaya semua akan dibincangkan dalam mesyuarat itu,”katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR.


Demikianlah Artikel PAS cuma dengar titah Sultan Selangor dalam isu tiga Exco…

Sekianlah artikel PAS cuma dengar titah Sultan Selangor dalam isu tiga Exco… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS cuma dengar titah Sultan Selangor dalam isu tiga Exco… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pas-cuma-dengar-titah-sultan-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :